Page 318 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 318
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Berdasarkan Jadual 2, agihan terbesar bagi Program
Pembangunan Ekonomi telah diperuntukkan kepada Projek
Usahawan Kelompok, iaitu sebanyak RM7,036,890 pada tahun
2015, RM4,892,685 (2016), RM2,568,730 (2017), RM3,752,951
(2018) dan RM3,208,171 (2019). Projek Usahawan Berkelompok
ini merupakan inisiatif LZS bagi menggilap bakat dan potensi
keusahawanan yang wujud pada setiap asnaf terpilih menerusi
suntikan modal, kursus dan latihan serta pemantauan sistematik
daripada pegawai-pegawai LZS. Dengan objektif melahirkan lebih
ramai usahawan asnaf yang produktif, agihan dana dan bantuan
sokongan yang diberikan ini diharapkan mampu membantu para
asnaf untuk terus berdaya maju mendepani cabaran semasa.
Suntikan modal yang disediakan LZS secara umumnya berdasarkan
empat sektor perusahaan yang dijalankan, iaitu perniagaan,
perikanan, pertanian dan penternakan.
Jadual 3: Jumlah Agihan PPE Mengikut Sektor Perusahaan Bagi
Tahun 2015-2019
Jenis Tahun
Perniagaan 2015 2016 2017 2018 2019
Perniagaan 6,482,170 1,640,024 681,637 3,981,396 1,558,871
Perikanan 721,217 111,973 - - -
Penternakan 61,276 22,841 - - -
Pertanian 73,682 22,640 - - -
Sumber: Laporan Pengurusan Zakat Selangor
Jadual 3 menunjukkan jumlah agihan bagi Program
Pembangunan Ekonomi mengikut sektor perusahaan yang
dijalankan oleh para asnaf. Sektor perniagaan merupakan penerima
agihan terbesar dan konsisten setiap tahun, iaitu sebanyak
RM6.482170 bagi tahun 2015, RM1,640,024 (2016), RM681,637
(2017), RM3,981,396 (2018) dan RM1,558,871 (2019). Bagi sektor
lain seperti perikanan, penternakan dan pertanian, agihan bantuan
hanya diperuntukkan bagi tahun 2015-2016 sahaja, dan tidak
diteruskan bagi tahun-tahun berikutnya memandangkan tiada
310
311