Page 319 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 319

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            permohonan daripada para asnaf untuk menjalankan sektor-sektor
            perusahaan tersebut.
               Bagi memastikan agenda pembangunan dan transformasi para
            asnaf ini mampu dilaksanakan secara berstruktur, satu pendekatan
            baharu  telah  diperkenalkan  oleh  LZS  pada  25  September  2019,
            Blueprint  Pembangunan  Asnaf  (BPA)  pada  25  September  2019.
            BPA merupakan inisiatif strategik melibatkan pihak berkepentingan
            zakat  di  Selangor  bertujuan  memperkasa  kemandirian  dan
            keupayaan  asnaf  dalam  mempertingkatkan  kualiti  kehidupan
            mereka. Sekaligus, membuka ruang dan peluang buat golongan ini
            keluar  daripada  berterusan  menyandang  status  asnaf  menerusi
            rangsangan dan dorongan untuk terus maju menjadi penyumbang
            zakat  pada  masa  hadapan.  Terdapat  lapan  teras  inisiatif  strategik
            yang ingin dicapai menerusi BP ini iaitu:

            a.  Mustahiq-Muzakki: Melahirkan asnaf fakir miskin yang berjaya
               dikasifikasikan sebagai muzakki.
            b.  Had  Kifayah:  Melahirkan  asnaf  fakir  miskin  yang  berjaya
               melepasi had kifayah (keluar daripada senarai mustahiq).
            c.  Muallaf-Mukallaf:  Melahirkan  asnaf  muallaf  yang  berjaya
               mencapai penarafan mukallaf.
            d.  Kualiti  Beragama:  Melahirkan  asnaf  fakir  miskin  yang
               mempunyai kualiti keagamaan yang baik.
            e.  Kualiti Generasi Kedua: Mengukuhkan kualiti generasi kedua.
            f.  Asnaf Berkerjaya: Mewujudkan peluang pekerjaan untuk asnaf.
            g.  Usahawan Asnaf: Melahirkan usahawan asnaf berdaya maju.
            h.  Asnaf    Berkemahiran:    Meningkatkan      bilangan    asnaf
               berkemahiran.
            i.  Sekiranya  diperhalusi,  kelapan-lapan  inisiatif  strategik  ini
               mampu dicapai menerusi pelaksanaan Program Pembangunan
               Ekonomi,  tanpa  menafikan  program-program  pembangunan
               yang  lain.  Justeru,  agenda  ini  mampu  berfungsi  sebagai  nilai
               tambah  kepada  semua  program  pembangunan  asnaf  yang
               dijalankan oleh LZS bagi memacu transformasi asnaf seterusnya
               menyumbang  kepada  kewujudan  modal  insan  yang  berdaya
               saing  dan  proaktif  sebagaimana  yang  digagaskan  oleh  pihak



                                                                          311

                                           312
   314   315   316   317   318   319   320   321   322   323   324