Page 317 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 317
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Pihak LZS turut menubuhkan Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat
(KUAZ) sebagai suatu platform membina jaringan perniagaan serta
medium perbincangan dan pertukaran maklumat sesama peserta
supaya mereka tidak bersendirian dan mampu menongkah arus
cabaran dalam dunia perniagaan secara bersama-sama. Jalinan
kerjasama turut diwujudkan dengan agensi-agensi tertentu seperti
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Institut Latihan Islam
Malaysia (ILIM) dalam usaha mempelbagaikan lagi ilmu dan
kemahiran yang dimiliki oleh usahawan asnaf. Menjadi harapan
pihak LZS agar asnaf yang telah berjaya mampu menjadi contoh
seterusnya memberikan bimbingan kepada asnaf lain untuk turut
melakar kejayaan yang sama. Bagi membolehkan produk yang
dihasilkan oleh para peserta ini mampu mempunyai nilai
kebolehpasaran yang tinggi serta mampu pergi dengan lebih jauh,
pihak LZS juga turut melantik ejen dan pengedar yang dilantik
dalam kalangan asnaf supaya produk yang dihasilkan ini dapat
dipasarkan di dalam mahupun luar negara. Maka, sokongan
daripada pembayar zakat yang aktif sangat diperlukan bagi
memboleh dana zakat yang terkumpul dapat dimanfaatkan sekalian
untuk membantu para asnaf ini keluar daripada belenggu
kemiskinan (Lembaga Zakat Selangor, 2015).
Jadual 2: Jumlah Agihan PPE Mengikut Jenis Bantuan Bagi
Tahun 2015-2019
Jenis Tahun
Bantuan 2015 2016 2017 2018 2019
Suntikan 7,941,971 2,080,582 719,637 4,173,258 1,637,078
Modal
Bengkel
dan 992,863 1,510,735 3,446,851 4,057,502 3,555,886
Latihan
Projek
Usahawan
Berkelom 7,036,890 4,892,685 2,568,730 3,752,951 3,208,171
pok
Sumber: Laporan Pengurusan Zakat Selangor
309
310