Page 380 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 380
BAB 19:
PENGAMALAN FINTECH DI INSTITUSI ZAKAT DI
MALAYSIA
MOHAMAD NOOR SAHIDI BIN JOHARI
Akademi Zakat (AZKA-PPZ)
Emel: sahidi@zakat.com.my
ABSTRAK:
FinTech merupakan singkatan dari Financial dan Technology iaitu
sebuah inovasi penggunaan teknologi di dalam sistem kewangan.
Kewujudan Fintech mampu memberi saingan kepada institusi
kewangan tradisional kerana ia menawarkan produk dan
perkhidmatan kewangan yang lebih fleksibel dan mudah dengan kos
yang lebih rendah serta lebih efektif. Ini terbukti apabila berlakunya
pandemik COVID-19 di seluruh dunia, permintaan kepada
penggunaan fintech meningkat di mana kaedah kewangan
tradisional seperti penggunaan tunai beralih kepada penggunaan
bayaran secara online. Sedia maklum bahawa zakat merupakan
amanah yang harus diseliakan dengan baik oleh Institusi Zakat agar
asnaf memperolehi haknya. Institusi zakat mestilah berada pada
tahap kepercayaan yang tinggi bagi meningkatkan keyakinan
pembayar zakat. Melalui Fintech, dimensi kepercayaan dapat
membantu meningkatkan kutipan zakat. Dengan adanya Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kaedah tradisional seperti
pembukaan kaunter zakat bagi kutipan dan agihan amat terhad. Jika
institusi zakat di Malaysia masih tidak bersedia mengadaptasi
Fintech, dikhuatiri kutipan zakat akan menurun dan pada masa yang
sama akan mengurankan bantuan kepada asnaf yang layak. Kertas
kerja ini akan melihat sejauh mana pengamalan Fintech di Institusi
Zakat di Malaysia.
Kata Kunci: FinTech, Kepercayaan, Institusi Zakat.
372
373
373