Page 383 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 383

Kemunculannya  mula  mendapat  perhatian  dunia  setelah
            berlakunya  krisis  kewangan  global  pada  tahun  2008,  yang  mana
            telah menyaksikan kredit dan pasaran antara bank dalam ekonomi
            maju runtuh. Sebilangan institusi kewangan Amerika Syarikat yang
            besar mengalami masalah kewangan adalah disebabkan krisis kredit
            perumahan  pada  bulan  September  2008  di  mana  ia  telah
            menyebabkan hilangnya keyakinan secara meluas diseluruh pasaran
            kewangan global.
               Perkembangan FinTech di Malaysia terus diakui apabila Bank
            Negara  Malaysia  (BNM)  telah  melancarkan  Program  Fintech
            Booster 110   untuk  menyokong  pertumbuhan  dan  perkembangan
            syarikat  Fintech  di  Malaysia.  BNM  juga  telah  menubuhkan  satu
            pasukan  pakar  (Financial  Technology  Enabler  Group)  yang  akan
            membuat pembentukan dasar. Usaha dari kerajaan ini menunjukkan
            betapa  pentingnya  FinTech  untuk  diterokai  dan  ditembusi  oleh
            pasaran institusi kewangan Malaysia.
               Merujuk kepada kenyataan media penggunaan dan capaian ICT
            oleh individu dan isi rumah 2020, 111  98.6% dari populasi (32.72 Juta
            penduduk  Malaysia)  menggunakan  telefon  pintar,  61.9%
            masyarakat  Malaysia  menggunakan  perbankan  internet,  45%
            membeli  barangan  atau  perkhidmatan  melalaui  e-dagang  seperti
            shoppe, Lazada dan grab. Institusi zakat seharusnya memanfaatkan
            potensi  yang  terdapat  pada  FinTech  dalam  meningkatkan  lagi
            perkhidmatan  dan  produk  yang  ditawarkan  seiring  dengan  era
            digital  dan  revolusi  industri  4.0.  Institusi  zakat  selaku  organisasi
            penting dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat di Malaysia
            seharusnya  mengambil  peluang  ini  untuk  meneroka  dan
            mengadaptasikan  FinTech  di  dalam  pengurusan  zakat  bagi
            menambahbaik  sistem  yang  sedia  ada.  Seperti  mana  perbankan
            Islam menjadi tunjang kepada ekonomi Negara, Institusi zakat juga



            110  https://www.bnm.gov.my/-/launch-of-the-fintech-booster-programme
            111
            https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2_Media/4_Stats%40med
            ia/4-Press_Statement/2021/20210412-Kenyataan_Media
            Penggunaan_dan_Capaian_ICT_oleh_Individu_dan_Isi_Rumah_2020.pdf


                                                                          375

                                           376
   378   379   380   381   382   383   384   385   386   387   388