Page 386 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 386
maklumat berkaitan saluran Kutipan Zakat. Dengan peningkatan
syarikat Fintech di Malaysia terutama Fintech-E-wallet, dapat
menambah saluran bagi kutipan zakat. Selain dari itu, terdapat juga
kerajaan negeri yang mempunyai Fintech yang dibangunkan sendiri
seperti Sarawak Pay dan PahangGO dan ini membolehkan Institusi
Zakat menggunakan E-Wallet tersebut sebagai saluran kutipan
zakat. Terdapat Institusi Zakat yang membangunkan Aplikasi Zakat
tersendiri iaitu Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) dengan
MyZAKAT, Lembaga Zakat Selangor dengan Zakat Selangor dan
Lembaga Zakat Kedah dengan Zakat On Touch.
Bagi pembayaran zakat online, Institusi zakat menggunakan
perkhidmatan Financial Process Exchange (FPX) yang diuruskan
oleh Malaysia Electronic Payment System sdn bhd atau lebih
dikenali sebagai MEPS. Ia merupakan platform transaksi kewangan
secara online yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan
pembayaran melalui internet (multi-bank internet payment). FPX
boleh diumpamakan seperti gerbang pembayaran internet (internet
payment gateway) yang membolehkan pembayar menggunakan satu
platform yang sama bagi pembayaran secara online melalui bank-
bank yang berbeza.
Bagi pembayaran zakat Perbankan internet pula, pembayar
boleh membayar zakat melalui akaun perbankan internet yang
dimiliki oleh pembayar. Dari segi sistem bayaran lain, terdapat
pembayaran online melalui kad kredt Islamic / debit dan Jompay.
Antara fintech yang mendapat permintaan tinggi dari institusi
zakat ialah Aplikasi TULUS di mana 10 dari 14 Institusi Zakat
menggunakan Aplikasi tersebut. Tidak ketinggalan juga E-Wallet
seperti Shopee, GoPayz, Boost dan SnapPay.
378
379