Page 381 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 381

PENGENALAN
            Pentadbiran  dan  pengurusan  agama  termasuklah  zakat  berada  di
            bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Antara
            tanggungjawab  MAIN  ialah  menguruskan  pentadbiran  zakat  dan
            menguatkuasakan  peraturan-peraturan  tertentu  bagi  pihak  Sultan
            (iaitu bagi negeri-negeri yang mempunyai raja dan sultan) dan bagi
            pihak  yang  dipertuan  Agong  (iaitu  bagi  negeri-negeri  yang  tidak
            mempunyai  raja  atau  sultan).  Di  bawah  MAIN,  ditubuhkan
            baitulmal  yang  berfungsi  sebagai  pentadbir  dan  pengurus  segala
            perkara  berkaitan  zakat.  Pentadbiran  zakat  Negeri-negeri  di
            Malaysia dapat dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
            1.  Pengurusan  sepenuhnya  terletak  di  bawah  Baitulmal:  Perlis,
               Johor, Terengganu, Sabah, Kedah, Perak dan Kelantan, Negeri
               Sembilan.
            2.  Pengurusan agihan sahaja di bawah Baitulmal manakala urusan
               kutipan dilaksanakan dibawah pejabat zakat korporat: Wilayah
               Persekutuan, Melaka, Pahang
            3.  Pengurusan  sepenuhnya  di  bawah  pejabat  zakat  korporat:
               Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak

               Sedia  maklum,  institusi  zakat  menggunakan  pelbagai  saluran
            dalam  melaksanakan  kutipan  zakat.  Antara  saluran  yang  paling
            utama  ialah  saluran  kaunter  kutipan  zakat.  Selain  dari  kaunter,
            kutipan  zakat  juga  boleh  dilaksanakan  melalui  ejen-ejen  kutipan,
            saluran potongan gaji, kaunter bank, kaunter pejabat pos, bayaran di
            portal, perbankan internet dan bayaran melalui aplikasi. Dengan isu
            pandemik  Covid  19  yang  membelenggu  seluruh  rakyat  Malaysia
            khususnya dan dan dunia amnya menyebabkan urusan bayaran zakat
            secara  bersemuka  atau  tradisional  sangat  terhad.  Dengan
            pelaksanaan  PKP  dan  suntikan  Vaksin  Covid-19  yang  agak
            perlahan,  maka  kehidupan  secara  normal  mengambil  masa  yang
            agak lama. Oleh yang demikian, Institusi Zakat harus mengambil
            inisiatif  bagi  menyediakan  saluran  yang  bersesuaian  dengan
            keadaan pandemik Ketika ini.
               Merujuk     kepada     laporan    yang    dikeluarkan    oleh
            www.fintechnews.my  bagi  tahun  2021,  berikutan  perintah



                                                                          373

                                           374
   376   377   378   379   380   381   382   383   384   385   386