Page 382 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 382

pengekangan pergerakan Global dan penutupan sempadan semasa
            wabak,  Keluaran  Dalam  Negara  Kasar  (KDNK)  keseluruhan
            Malaysia menyusut sebanyak 5.6% pada tahun 2020. Pelaksanaan
            PKP telah mempengaruhi aktiviti pasaran buruh. Namun demikian,
            Covid-19  telah  mempercepatkan  pertumbuhan  digital  ekonomi.
            Sumbangan  ekonomi  digital  kepada  KDNK  mencapai  20%  pada
            tahun 2020, meningkat dari 19.1% atau RM 289 Bilion pada tahun
            2019.  Peningkatan  ekonomi  digital  membantu  meningkatkan
            kewujudan syarikat digital baru dan mengalakkan pelaburan dengan
            sokongan kerajaan.
               FinTech merupakan singkatan yang digunakan untuk merujuk
            kepada penggunaan teknologi di dalam sistem kewangan (Financial
            Technology). Ia berkembang pesat ketika ini dan dianggap menjadi
            faktor  penentu  kepada  kejayaan  revolusi  industri  4.0.  Pelbagai
            organisasi start-up ditubuhkan untuk memenuhi keperluan aplikasi
            kewangan atas talian secara global. Antara perkhidmatan kewangan
            yang  telahpun  melalui  sistem  digital  adalah  Pembayaran
            (payments), dompet mudah alih (mobile wallets), mata wang Krypto
            (Cryptocurrency),  pembiayaan  awam  (Crowdfunding),  Pelaburan
            (wealth / Investment), Blockchain, Pinjaman (Lending), Teknologi
            Insurans  (Insurtech),  Teknologi  Perbandingan  (Comparison  Site),
            Ketahui  Pelanggan  (KYC/REGTECH),  Pasaran  (Marketplace),
            Teknologi Kewangan Islam (Islamic FinTech), Kecerdasan Buatan
            (AI), Penghantaran Wang (Remitance), Tukaran Wang (Currency
            Exchange) dan Pinjaman Peribadi (Personal Finance).
               Sebanyak  233  109   syarikat  berasaskan  Fintech  beroperasi  di
            Malaysia  pada  tahun  2020.  Secara  tidak  langsung  telah
            mendigitalkan  sistem  kewangan  yang  sebelum  ini  bersifat
            tradisional. Ia tidak mampu dielak kerana kuasa pengkomputeran
            yang  wujud  di  mana-mana  sahaja,  dengan  perhubungan  yang
            meluas,  simpanan  data  yang  besar,  dan  kemajuan  alatan  analitik
            yang  mudah  dan  berkesan  untuk  dilaksankan  di  dalam  sistem
            perkhidmatan kewangan. Dengan adanya FinTech ia membuatkan
            kehidupan lebih mudah.


            109  https://fintechnews.my/27070/malaysia/fintech-malaysia-report-2021/


                                                                          374

                                           375
   377   378   379   380   381   382   383   384   385   386   387