Page 5 - Memperkasa Tadbir Urus Institusi Zakat Di Malaysia Berpandukan Maqasid Syariah
P. 5
Jelasnya lagi, lembaga pengarah menentukan keselurahan pengurusan,
penyeliaan akauntabiliti dan strategi bukan kepada pengurusan.
Pengurusan adalah merupakan satu organ yang melaksanakan apa yang
dirancang oleh lembaga pengarah.
Beliau menekankan elemen kepimpinan dalam meluluskan perancangan
strategik dan polisi amatlah penting kepada lembaga pengarah. Ahli tidak
semestinya mengubal strategik yang telah dibentangkan namun mereka
harus faham dan mengambil tanggungjawab keseluruhan strategik
tersebut. Selain itu, lembaga pengarah perlulah memastikan sumber
keperluan untuk mencapai matlamat institusi mencukupi, meneliti dan
mengawal selia prestasi dan pematuhan institusi serta menetapkan
ekspetasi dalam pembangunan budaya etika dan tanggungjawab korporat.
Ujarnya lembaga pengarah perlu memastikan sistem audit yang berkesan
agar ia dapat mendidik ketelusan bagi setiap pegawai. Beliau
mencadangkan agar jawatankuasa audit perlu ditubuhkan bagi memantau
perlaksanaan audit terdiri daripada komposisi ahli lembaga bebas dan
professional luar yang mempunyai kepakaran dalam bidang perakaunan
dan pengurusan.
Ujarnya, peranan ahli lembaga pengarah kepada pentadbiran adalah perlu
dalam membahas dan mempersoalkan secara membina setiap keputusan
yang dicadangkan. Ahli perlu terlibat dan menyumbangkan idea didalam
perancangan strategi dan penyeliaan pengurusan institusi. Selain itu, beliau
menegaskan ahli perlu memastikan penyediaan dan pembentangan
laporan kewangan dilaksanakan secara integriti dan berkualiti.
4 AZKA T ALK SIRI 5 azka.zakat.com.my APRIL 2020
DIS
2020
AZKA TALK SIRI 4 azka.zakat.com.my