Page 9 - Memperkasa Tadbir Urus Institusi Zakat Di Malaysia Berpandukan Maqasid Syariah
P. 9
MAQASID DALAM TADBIR URUS
Jelasnya, kita jarang memikirkan adakah tadbir urus itu adalah Maqasid.
Dimana letaknya tadbir urus dalam Maqasid. Pandangan beliau, tadbir urus
merupakan puncak segala-galanya. Kalau tiada tadbir urus maka
penjagaan nyawa akan terbengkalai, penjagaan agama akan hancur,
malahan penjagaan zakat akan turut hancur kalau tiada tadbir urus yang
berkualiti. Ini menunjukkan tadbir urus merupakan elemen penting dalam
sebuah institusi. Jelasnya lagi, tadbir urus ini merupakan jantung kepada
agama kita. Namun kepentingan tadbir urus kurang di bincangkan didalam
konteks Maqasid Syariah.
Beliau mengambarkan sekiranya tiada tadbir urus dalam agama, akan
berlakulah korupsi dan penyelewengan. Tadbir urus boleh disimpulkan
sebagai elemen penting kepada penjagaan harta, keterunan, nyawa, agama
dan seumpamanya. Beliau menekankan tadbir urus perlu di Maqasid
Syariah kan terlebih dahulu.
Beliau memberi contoh institusi perbankan Maybank yang merupakan
salah satu institusi yang terbaik dalam negara dalam mengaplikasikan Code
of Conduct. Semasa menjadi ahli lembaga pengarah Sime Darby hampir
enam (6) tahun, beliau telah menyumbangkan bukan sahaja kepada minda
syariah malahan beliau menggabungkan minda pengurusan syarikat yang
lebih ampuh dari segi, perlaporan, penzahiran, ketelusan, pengurusan
impak dan risiko bersama-sama minda syariah.
8 AZKA T ALK SIRI 5 azka.zakat.com.my APRIL 2020
DIS
2020
AZKA TALK SIRI 4 azka.zakat.com.my