Page 6 - Memperkasa Tadbir Urus Institusi Zakat Di Malaysia Berpandukan Maqasid Syariah
P. 6
Jelasnya, satu elemen penting dalam
tadbir urus adalah sikap
profesionalisme yang mendorong
kepada kepakaran dan kualiti individu
itu. Ia bukan sekadar pakar dalam
malahan
bidang teknikal memimpin tetapi
untuk
mampu
dan
mendorong ke arah pencapaian
matlamat sosial. Prinsip ini perlu di
aplikasi
dengan
mendalam
agar
individu tidak hanya tertumpu kepada
pematuhan prinsipal sahaja tetapi turut
membimbing individu lain dalam
mencapai sesuatu matlamat.
Ujarnya, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) merupakan satu contoh
organisasi korporat yang mengamalkan sistem pengurusan kutipan zakat
yang berkualiti yang mana telah memenuhi piawaian Sistem Pengurusan
Kualiti MS ISO 9001: 2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat
ISO/IEC 27001:2013. Ujarnya lagi, PPZ mempunyai potensi untuk mencapai
prestasi yang lebih tinggi dari segi tadbir urus. Jelasnya, institusi zakat
adalah merupakan suatu institusi sosial dan termaktub di bawah
kepentingan awam. Sebagai contoh institusi zakat sepert PPZ yang
berperanan menguruskan kutipan haruslah melakukan transformasi
kepada pengurusan kutipan yang lebih efisen agar mencapai
matlamat dalam membantu masyarakat.
Beliau menekankan antara prinsip-prinsip ke arah kemampanan prestasi
tadbir urus berkualiti yang harus di diamalkan oleh institusi adalah
pelaporan kutipan dan agihan hendaklah di lakukan bersama bagi
memastikan ketulusan. Tadbir urus kutipan dan agihan perlu dibawah satu
tadbir urus yang sama. Kedua, aktiviti agihan haruslah di laporkan kepada
orang awam melalui laporan penilaian impak (impact assessment). Ujarnya,
kebiasaan laporan yang diberikan adalah dalam bentuk kuantiti agihan
namun terdapat jurang laporan penilaian impak dari kepada penerima
bantuan zakat itu sendiri. Program-program yang di laksanakan seharusnya
memberi impak kepada pembangunan ekonomi, pendidikan dan sosial.
Ketiga, perlantikan ahli lembaga pengarah bebas (independent) perlu ada
bagi menambahbaik tadbir urus institusi zakat. Keempat, prinsip
profesionalisme perlu dibudayakan dalam tadbir urus. Kelima, memastikan
proses penilaian prestasi lembaga pengarah serta ahli lembaga pengarah
perlu diwujudkan. Keenam, melantik setiausaha syarikat yang mempunyai
kelayakan dan pengalaman dalam tadbir urus profesionalisme. Ujarnya,
mereka ini haruslah berperanan sebagai fasilliti dan penasihat dalam tadbir
urus dan bukan tertumpu kepada pencatit minit semata-mata.
5 AZKA TALK SIRI 4 azka.zakat.com.my APRIL 2020
DIS
2020
T
ALK
AZKA
SIRI
5
azka.zakat.com.my