Page 8 - Memperkasa Tadbir Urus Institusi Zakat Di Malaysia Berpandukan Maqasid Syariah
P. 8
Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dengan tajuk pembentangannya Aplikasi
Maqasid Syariah Dalam Sistem Pengurusan Zakat di Malaysia memulakan
ucapan dengan menggambarkan tentang kesepadanan maqasid syariah
dan tadbir urus korporat.
Ujarnya, maqasid itu merupakan ilmu yang paling tinggi dalam agama kita,
lebih tinggi dari usul fikah, ilmu fikah dan lebih tinggi dari segala-galanya
kerana ia merupakan kemuncak ilmu. Dalam bahasa mudah, maqasid
adalah bukan hukum syariah dan tidak memberikan hukum terhadap
sesuatu ilmu tetapi ia merupakan himpunan hikmah-hikmah syariah,
himpunan falsafah-falsafah perundangan islam.
Maqasid bukanlah berkaitan
isu-isu remeh tetapi ia memberi
impak kepada pembangunan
polisi negara dan masyarakat.
Ujarnya lagi, Maqasid
merupakan agregat kepada
segala dalil hikmah dan juga
polisi-polisi utama Al-Quran
yang membentuk penjagaan
agama, harta, keluarga dan
seumpanya.
DIS
2020
AZKA TALK SIRI 4 azka.zakat.com.my
7 AZKA T ALK SIRI 5 azka.zakat.com.my APRIL 2020