Page 35 - kbm majalah 2019 (flip book)
P. 35

Peraturan-Peraturan Pertandingan Teater Solo
                       Karnival Bahasa Melayu SJK(C) dan SJK(T) Piala
                               Pengarah Pendidikan Negeri Perak 2019


               1.    Nama Pertandingan
                     Pertandingan  Teater  Solo  Bahasa  Melayu  Sekolah-sekolah  Jenis  Kebangsaan
                     (Cina) dan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Piala Pengarah Pendidikan
                     Negeri Perak.

               2.    Objektif
                     i.  Untuk  meningkatkan  minat  dan  penguasaan  terhadap  Bahasa  Melayu  dalam
                        kalangan murid-murid SJK(C) dan SJK(T).

                     ii.  Menggalakkan  murid-murid  di  SJK(C)  dan  SJK(T)  bertutur  dalam  Bahasa
                        Melayu.

                     iii.  Untuk  mengeratkan  hubungan  di  antara  pelajar-pelajar  dan  guru-guru  di
                        sekolah-sekolah SJK(C) dan SJK(T).

                     iv.  Menyahut seruan “Memartabatkan Bahasa Melayu” di peringkat Negeri Perak.

               3.    Kelayakan / Syarat-syarat:

                     i.  Semua murid bukan keturunan Melayu di SJK(C) dan SJK(T) layak mengambil
                        bahagian.

                     ii.  Terbuka untuk murid-murid Tahap 1 sahaja.
                     iii.  Murid-murid di SJK(C) dan SJK(T) dengan bahasa pengantar Bahasa Melayu
                        tidak layak menyertai pertandingan ini.

               4.    Bilangan Peserta

                     i.  Setiap  sekolah  dibenarkan  menghantar  hanya  seorang  peserta  dari  Tahap  1
                        untuk pertandingan peringkat daerah.

                     ii.  Setiap daerah boleh menghantar DUA (2) ORANG PESERTA untuk bertanding
                        di peringkat negeri.

               5.    Skop Cerita
                     i.  Skop  cerita  adalah  bebas  tetapi  haruslah  mengandungi  unsur-unsur
                        pengajaran dan nilai murni.
                     ii.  Tidak  boleh  menyentuh  isu-isu  negatif/sensitif  berkaitan  politik,  agama,
                        perkauman, dan individu.


               6.    Had Masa
                     i.  Setiap peserta diberi masa 5 minit. I markah akan dipotong bagi tiap-tiap 30
                        saat.



                                                             34
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40