Page 38 - kbm majalah 2019 (flip book)
P. 38

Peraturan-Peraturan Kuiz
                       Karnival Bahasa Melayu SJK(C) dan SJK(T) Piala
                               Pengarah Pendidikan Negeri Perak 2019

               1.    Nama Pertandingan

                     Kuiz  Bahasa  Melayu  Sekolah-Sekolah  Jenis  Kebangsaan  (Cina)  dan  Sekolah-
                     Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Piala Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

               2.    Objektif
                     i.  Untuk  meningkatkan  minat  dan  penguasaan  terhadap  Bahasa  Melayu  dalam
                        kalangan murid-murid SJK(C) dan SJK(T).
                     ii.  Menggalakkan  murid-murid  di  SJK(C)  dan  SJK(T)  membaca  bahan-bahan
                        bacaan dalam Bahasa Melayu.

                     iii.  Untuk  mengeratkan  hubungan  di  antara  pelajar-pelajar  dan  guru-guru  di
                        sekolah-sekolah SJK(C) dan SJK(T).

                     iv.  Menyahut seruan “Memartabatkan Bahasa Melayu” di peringkat Negeri Perak.

               3.    Kelayakan / Syarat-syarat:

                     i.  Semua murid bukan keturunan Melayu di SJK(C) dan SJK(T) layak mengambil
                        bahagian.

                     ii.  Terbuka untuk murid-murid Tahap 2 sahaja.
                     iii.  Murid-murid di SJK(C) dan SJK(T) dengan bahasa pengantar Bahasa Melayu
                        tidak layak menyertai pertandingan ini.

               4.    Jumlah Peserta

                     i.  Setiap  sekolah  diwajibkan  menghantar  3  orang  peserta  bagi  setiap  pasukan
                        serta 1 orang peserta simpanan.

                     ii.  Peserta boleh terdiri daripada murid Tahun 4 hingga Tahun 6.
                     iii.  Pertandingan akan dijalankan secara serentak di daerah masing-masing.


               5.    Format Pertandingan
                     i.  Pertandingan  ini  akan  dijalankan  dalam  6  pusingan  iaitu  3  pusingan  untuk
                        soalan aneka pilihan dan 3 pusingan untuk soalan subjektif.
                     ii.  Setiap pusingan akan melibatkan kesemua peserta.

                     iii.  Setiap peserta akan menjawab 3 soalan aneka pilihan dan 3 soalan subjektif.
                     iv.  Satu sesi pertandingan akan melibatkan 4 buah sekolah di dalam satu bilik.


                                                             37
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43