Page 39 - kbm majalah 2019 (flip book)
P. 39

v.  Soalan akan dikemukakan secara lisan oleh juruacara. Murid juga dikehendaki
                        menjawab soalan tersebut secara lisan.
                     vi.  Soalan yang dikemukakan akan dipaparkan pada skrin.

                     vii. Para peserta akan duduk membelakangkan penonton dan mengadap juruacara
                        serta skrin soalan.

                     vi.  Pertandingan  Kuiz  Bahasa  Melayu  Peringkat  Negeri  Perak  dijalankan  dalam
                        dua peringkat iaitu peringkat saringan dan peringkat akhir.
                     vii. Markah yang diperolehi oleh setiap pasukan semasa peringkat saringan Kuiz
                        Bahasa Melayu akan dicampur dengan markah Teater Solo untuk menentukan
                        Johan Keseluruhan Karnival Bahasa Melayu Piala Pengarah Pendidikan Negeri
                        Perak.

                     viii. Empat pasukan yang mengumpul markah tertinggi di peringkat saringan akan
                        bertanding di peringkat akhir untuk menentukan Johan Kuiz Bahasa Melayu.

               6.    Format soalan
                     i.  Soalan-soalan  untuk  peringkat  daerah  dan  negeri  akan  disediakan  oleh  satu
                        panel yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
                     ii.  Soalan berbentuk soalan aneka pilihan (objektif) dan soalan subjektif.

                     iii.  Skop soalan meliputi:
                         a.   Penggunaan kata
                        b.    Peribahasa

                     iv.  Jumlah soalan yang diperlukan bagi satu sesi pertandingan yang melibatkan 4
                        pasukan ialah 36 soalan objektif dan 36 soalan subjektif.

                     v.  Jumlah soalan yang diperlukan bagi satu sesi pertandingan yang melibatkan 3
                        pasukan ialah 27 soalan objektif dan 27 soalan subjektif.

               7.    Tempoh Menjawab
                     i.  Setiap  peserta  diberi  tempoh  selama  10  saat  untuk  menjawab  soalan  yang
                        dikemukakan.

                     ii.  Sekiranya  peserta  gagal  menjawab  di  dalam  tempoh  yang  diberikan  atau
                        jawapan  yang  diberikannya  salah,  dua  orang  peserta  yang  lain  boleh
                        membantu menjawab soalan tersebut. Peserta yang membantu diberi tempoh
                        selama 5 saat.
                     iii.  Loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda waktu untuk menjawab bermula.

                     iv.  Loceng akan dibunyikan dua kali apabila tempoh untuk menjawab telah tamat.
                     v.  Setiap  peserta  hanya  boleh  menjawab  sekali.  Peserta  tidak  boleh  menukar
                        jawapan.
                     vi.  Bagi  soalan  subjektif,  setiap  pasukan  hanya  boleh  menjawab  sekali.  Tiada
                        pembantu dibenarkan.

                                                             38
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44