Page 41 - kbm majalah 2019 (flip book)
P. 41

11.  Peralatan
                     Peserta tidak dibenarkan membawa apa-apa bahan rujukan semasa pertandingan.


               12.  Hadiah
                     i.  Hadiah akan diberikan kepada:
                         a.  Johan
                         b.  Naib Johan
                         c.  Tempat ke-3
                        d.  Tempat ke-4
                     ii.  Sekolah yang menjadi johan dan naib johan di peringkat daerah akan mewakili
                        daerah masing-masing untuk bertanding di peringkat negeri.

                     iii.  Di  peringkat  negeri,  empat  pasukan  yang  mengumpul  markah  tertinggi  di
                        peringkat saringan akan bertanding di peringkat akhir.

                     iv.  Pemenang  Johan,  Naib  Johan,  Tempat  Ketiga  dan  Tempat  Keempat  bagi
                        kedua-dua  kategori,  iaitu  Kuiz  Bahasa  Melayu  dan  Teater  Solo  akan  diberi
                        mata  penentuan  seperti  yang  berikut  untuk  menentukan  Johan  Keseluruhan
                        Karnival Bahasa Melayu peringkat negeri.

                        Johan          -20 mata                   Kelima               -5 mata
                        Naib Johan   -15 mata                     Keenam                   -3 mata

                        Ketiga         -11 mata                   Ketujuh                  -2 mata
                        Keempat     -8   mata                     Kelapan                  -1 mata
                        Pasukan  Daerah  yang  memperoleh  mata  penentuan  tertinggi  akan
                        diisytiharkan  sebagai    Johan  Keseluruhan  Karnival  Bahasa  Melayu  Piala
                        Pengarah peringkat negeri.
                     v.  Sekiranya  jumlah  mata  bagi  dua  atau  lebih  daerah  sama  atau  seri,  maka
                        pasukan  daerah  yang  memperoleh  mata  yang  tertinggi  dalam  Kuiz  Bahasa
                        Melayu akan diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan peringkat negeri.
                     vi.  Peserta  yang  memperoleh  jumlah  markah  yang  tertinggi  dalam  pertandingan
                        peringkat saringan dan peringkat akhir dikira peserta terbaik keseluruhan.


               13.  Tarikh Pertandingan
                     Daerah  :  13 April 2019 (Sabtu)
                     Negeri  :  22 Jun 2019 (Sabtu)

               14.  Tempat Pertandingan
                     Daerah  : Daerah masing-masing
                     Negeri  : Daerah Kerian

               15.  Masa Pertandingan
                     Daerah  : bermula 9.00 pagi

                                                             40
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46