Page 40 - kbm majalah 2019 (flip book)
P. 40
8. Cara Pengadilan
i. Setiap jawapan yang tepat akan diberi 2 markah.
ii. Bagi peserta yang membantu, 1 markah diberikan.
iii. Markah daripada setiap pasukan yang mengambil bahagian akan dikumpulkan.
iv. Pasukan yang mendapat jumlah markah terkumpul yang paling tinggi di
peringkat daerah dipilih sebagai Johan peringkat daerah. Kedudukan-
kedudukan lain juga ditentukan berdasarkan jumlah markah terkumpul.
v. Sekiranya jumlah markah adalah sama, pasukan yang dapat menjawab lebih
banyak soalan subjektif dengan tepat akan dikira sebagai pemenang.
vi. Sekiranya jumlah markah masih sama, pasukan yang paling kurang
menggunakan pembantu semasa menjawab soalan objektif akan dipilih
sebagai pemenang.
vii. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.
9. Format Pertandingan Akhir Peringkat Negeri
i. Pertandingan akhir peringkat negeri dijalankan mengikut format “Siapa Cepat,
Dia Jawab”.
ii. Setiap pasukan diberi pembaz(buzzer) untuk menjawab soalan. Peserta yang
pertama menekan pembaz diberikan kebenaran untuk menjawab soalan dalam
tempoh 5 saat. Sekiranya jawapan yang diberikan betul, pasukan tersebut akan
mendapat 2 markah. Sekiranya jawapan yang diberikan salah, tiada pembantu
dibenarkan dan 2 markah ditolak daripada markah pasukan tersebut.
iii. Soalan berbentuk soalan subjektif sahaja.
iv. Skop soalan meliputi:
a. Penggunaan kata
b. Peribahasa
v. Jumlah soalan yang diperlukan bagi satu sesi pertandingan ialah 36 soalan
subjektif.
vi. Sekiranya terdapat 2 atau lebih pasukan yang mendapat markah yang sama
setelah tamat pertandingan, soalan tambahan akan dikemukakan kepada
pasukan-pasukan yang terlibat untuk menentukan kedudukan.
10. Pakaian
i. Setiap peserta hendaklah berpakaian sekolah yang lengkap.
ii. Peserta boleh memakai tali leher atau vest sekolah.
39