Page 5 - kbm majalah 2019 (flip book)
P. 5
KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
PIALA PENGARAH PENDIDIKAN PERAK
PERINGKAT NEGERI PERAK 2019
Kata – Kata Aluan
YAB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Jawatankuasa Karnival Bahasa Melayu SJK(C) dan SJK(T) Peringkat Negeri Perak 2019 yang
berjaya menganjurkan Karnival Bahasa Melayu SJK(C) dan SJK(T) Peringkat Negeri Perak pada
tahun ini.
Saya dimaklumkan pertandingan ini mampu mempertingkatkan minat dan penguasaan
murid-murid terhadap gaya penulisan serta pertuturan dalam Bahasa Melayu. Ini adalah usaha
yang wajar dipuji kerana ia dapat membantu merealisasikan transformasi pendidikan negara
seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 -2025.
Selain daripada itu, karnival sebegini juga adalah selaras dengan hasrat menjadikan
Bahasa Kebangsaan sebagai alat penyatuan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Saya juga
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan kepada guru-guru dari
semua SJK(C) dan SJK(T) yang mengambil bahagian dalam karnival ini kerana telah berusaha
mencungkil bakat dan mengasah kebolehan murid dalam melahirkan murid yang berkeyakinan
tinggi dan fasih menggunakan Bahasa Melayu. Syabas saya ucapkan kepada guru-guru yang
telah berjaya membimbing anak didik masing-masing hingga berjaya ke peringkat ini, sekaligus
mengharumkan nama sekolah masing-masing.
Sekian,terima kasih.
YB DATUK SERI DR MUJAHID BIN YUSOF RAWA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
AHLI PARLIMEN PARIT BUNTAR
4