Page 7 - kbm majalah 2019 (flip book)
P. 7

KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
                                                   PIALA PENGARAH PENDIDIKAN PERAK
                                                       PERINGKAT NEGERI PERAK 2019

                                                              Kata – Kata Aluan

                                                     PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KERIAN


               Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perak Excellent.

               Pertamanya  saya  ingin  mengucapkan  terima  kasih  kepada  Jawatankuasa  Karnival  Bahasa
               Melayu SJK(C) dan SJK(T) Peringkat Negeri Perak 2019 kerana sudi memberi peluang dan ruang
               kepada saya untuk menyampaikan seulas bicara dalam buku cenderamata ini.

                       Saya  amat  berbangga  kerana  pada  tahun  ini,  Daerah  Kerian  telah  dipilih  sebagai  tuan
               rumah bagi melaksanakan Karnival Bahasa Melayu SJK(C) dan SJK(T) Piala Pengarah Pendidikan
               Perak, Peringat Negeri Perak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan
               terima  kasih  kepada  Jabatan  Pendidikan  Negeri  Perak  dan  Jawatankuasa  Pelaksana  Karnival
               Bahasa Melayu kerana telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam menjayakan
               karnival  ini.  Setinggi-tinggi  penghargaan  saya  ucapkan  kepada  semua  yang  terlibat  dalam
               memastikan karnival ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

                       Pertandingan  ini  merupakan  satu  mekanisma  yang  mampu  mempertingkatkan
               penguasaan  murid-murid  dalam  penggunaan  Bahasa  Melayu  khasnya    gaya  penulisan  dan
               pertuturan dalam Bahasa Melayu. Karnival Bahasa Melayu merupakan satu medan bagi para
               guru untuk  mencungkil bakat, kemahiran dan kebolehan murid di sekolah. Selain itu, karnival
               ini  juga  memberikan  ruang  kepada  murid-murid  sekolah  rendah  untuk  menunjukkan  bakat
               mereka di peringkat yang tinggi. Malah,karnival ini juga memberi impak kepada peserta yang
               terlibat untuk bersaing secara sihat antara satu sama lain. Cabaran demi cabaran telah disahut
               oleh para peserta demi merangkul Piala Pengarah Pendidikan Negeri Perak 2019. Penguasaan
               Bahasa Melayu dalam kalangan murid sejak sekolah rendah amat penting kerana ia merupakan
               faktor  perpaduan  di  negara  kita.  Akhir  bicara,  sekali  lagi  saya  ingin  mengucapkan  tahniah
               kepada  jawatankuasa  kerana  menjadi  nadi  penggerak  utama  dalam  memastikan  aktiviti  ini
               berjalan dengan jayanya.

               Sekian,terima kasih.






               HAJAH SEPIAH BINTI MOHD SAPHI
               PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KERIAN
               PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN


                                                              6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12