Page 8 - kbm majalah 2019 (flip book)
P. 8

KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
                                                    PIALA PENGARAH PENDIDIKAN PERAK
                                                        PERINGKAT NEGERI PERAK 2019

                                                               Kata – Kata Aluan

                                                  PENGERUSI  JAWATANKUASA PELAKSANA




               Salam Sejahtera,
               Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada PPD Daerah Kerian diatas kepercayaan dan
               keyakinan yang diberikan kepada saya selaku Pengerusi Negeri Karnival Bahasa Melayu  SJK(C)
               dan SJK(T) Piala Pengarah Pendidikan Negeri Perak 2019 .

                       Karnival Bahasa Melayu yang  dilaksanakan ini adalah satu aktiviti tahunan dimana ianya
               sudah  melebihi  10  tahun  karnival  ini  dilaksanakan.  Karnival  ini  merupakan  jambatan
               permuafakatan di antara guru-guru  SJK(C) dan SJK(T) kerana karnival ini dijayakan oleh guru-
               guru dari kedua-dua aliran sekolah ini.

                       Selain itu, karnival ini  juga menyediakan satu medan perjuangan yang sihat di antara
               murid  –  murid  SJK(C)  dan  juga  SJK(T).  Murid-murid  dapat  menunjukkan  kebolehan  mereka
               melalui  pertandingan  yang  dipertandingkan  dalam  karnival  ini.  Murid-murid  juga  dapat
               menguasai Bahasa Melayu dengan cemerlang terutamanya dari segi kosa kata, penulisan dan
               juga sistem bahasa. Maka karnival ini amat berguna kepada murid-murid mahupun guru-guru.

                       Justeru  itu,  kami  sebagai  penganjur  Karnival  Bahasa  Melayu  Peringkat  Negeri  Perak
               berharap  dapat  mencari  pemenang-pemenang  yang  cemerlang  supaya  mereka  boleh
               membawa  pulang  piala  pusingan  peringkat  kebangsaan  memandangkan  Negeri  Perak
               merupakan tuan rumah Karnival Bahasa Melayu peringkat kebangsaan pada tahun ini.

                       Saya  juga  mengambil  kesempatan  ini  untuk  merakamkan  jutaan  terima  kasih  kepada
               semua guru besar SJK(C) dan SJK(T) daerah Kerian dan tidak lupa juga Penyelia Kanan Sekolah
               Rendah  dan  Penyelia  Sekolah  Rendah  Daerah  Kerian  yang  banyak  membantu  saya  dalam
               melaksanakan tugas sebagai Pengerusi Negeri Karnival Bahasa Melayu pada tahun ini.

               Sekian, terima kasih



               ______________________________________
                JEYA SANTHY NESAN A/L SABAPATHY
                GURU BESAR
                SJK(T) LADANG CHERSONESE
                MERANGKAP
                PENGERUSI J/K PELAKSANA KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI PERAK

                                                              7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13