Page 6 - kbm majalah 2019 (flip book)
P. 6

KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
                                                   PIALA PENGARAH PENDIDIKAN PERAK
                                                       PERINGKAT NEGERI PERAK 2019

                                                              Kata – Kata Aluan

                                               TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK


               Salam Sejahtera dan Salam Perak Excellent.

                      Saya  mengucapkan  jutaan  terima  kasih  dan  tahniah  kepada  Jawatankuasa  Pengelola
               Karnival Bahasa Melayu SJK(C) dan SJK(T) Peringkat Negeri Perak 2019 yang berjaya merancang
               dan melaksanakan karnival ini.

                          Karnival  sebegini  dapat  meningkatkan  tahap  pertuturan  Bahasa  Melayu  murid-murid
               dalam kalangan SJK(C) dan SJK(T). Penguasaan Bahasa Melayu secara langsung dapat memupuk
               minat dan keyakinan tinggi dalam pergaulan yang akrab dan mesra. Karnival Bahasa Melayu

               SJK(C)  Dan  SJK(T)    memenuhi  aspirasi  dalam  konteks  transformasi    Pelan    Pembangunan
               Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013 - 2025 iaitu  kebolehan  menguasai  dwibahasa.  Karnival ini
               juga  dapat  memartabatkan  Bahasa  Melayu  yang  mana  ianya  memainkan  peranan  penting
               dalam menjana negara bangsa yang bersatu padu dan maju.

                        Akhir  kata,  besarlah  harapan  saya  agar  karnival  ini  dapat  diteruskan  setiap  tahun
               dengan  jayanya.  Marilah  kita  berganding  bahu  saling  bekerjasama  mempertingkatkan
               penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda yang berbilang kaum demi negara
               tercinta agar kemakmuran negara berkekalan dan terbilang di pesada dunia.

               SELAMAT MAJU JAYA.


               Sekian, terima kasih.




               TN. HJ. MOHD ROSLI BIN AHMAD
               TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN
               JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK





                                                              5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11