Page 109 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 109

Proses Penjanaan Idea


                                              Proses penjanaan idea boleh dilakukan setelah maklumat yang
                                              diperlukan telah diperoleh melalui kajian yang dijalankan.
                                              Idea ringkas yang terhasil boleh dinyatakan dalam bentuk
                                              lakaran dan akan dikembangkan pada fasa seterusnya. Proses
                                              penjanaan idea boleh dilakukan melalui kemahiran berfikir
                                              secara logikal, kreatif, lateral, analitikal, kritikal dan intuitif.
                                                   Kemahiran berfikir ialah satu proses yang berlaku di
                                              minda apabila kita berusaha memahami sesuatu pengalaman
                                              atau situasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan
                                              menggunakan akal fikiran. Melalui kemahiran berfikir, proses
                                              penyusunan maklumat, konsep dan idea yang berkaitan
                                              dengan sesuatu situasi akan berlaku. Teknik berfikir ini dapat
                                              membantu menggalakkan proses penjanaan idea.







                    a    Apakah fungsi objek itu?




                    b    Bagaimanakah cara menggunakan objek itu?



                    c    Adakah bentuk objek itu menarik?



           PENJANAAN IDEA  d  Bilakah objek itu perlu digunakan?




                         Siapakah yang mencipta objek itu?
                    e


                                Persoalan Penjanaan Idea
















           100
                                                                                                  6.1
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114