Page 114 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 114
ii. Perbincangan
Perbincangan dilaksanakan secara dalam kumpulan untuk mendapatkan idea atau kata putus
tentang sesuatu isu. Kaedah perbincangan boleh dijalankan antara ahli dalam kumpulan, antara
ahli kumpulan dengan pembimbing atau antara kumpulan dengan kumpulan yang lain. Topik
perbincangan mestilah dipersetujui serta setiap idea atau pandangan orang lain perlulah
diterima dan dihormati. Sesi ini mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi seperti dalam rajah
di bawah.
Peraturan dalam Sesi Perbincangan
Tetapkan topik
Idea yang diberi menjurus kepada penyelesaian masalah
Bincangkan dan bahaskan setiap idea yang ada serta dicatatkan
Setiap idea harus mempunyai data-data atau maklumat sokongan
Setiap idea terbaik yang dipilih merupakan pilihan kumpulan tersebut
dan mempunyai alasan-alasan tertentu yang menyokongnya
iii. Sesi Kritik
Sesi kritik bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada orang lain mengenai reka ciptaan
atau idea. Ia dapat membantu dalam pembinaan idea yang lebih baik dan juga mengenal pasti
kelemahan sedia ada. Sesi ini mempunyai beberapa peraturan yang perlu dilaksanakan iaitu:
Peraturan dalam Sesi Kritik
Melantik seorang pengerusi atau ketua PENJANAAN IDEA
Membentangkan idea mereka secara individu atau kumpulan dalam
masa yang ditetapkan
Melakukan kritikan selepas selesai pembentangan idea
Mengambil tindakan terhadap kritikan yang diterima untuk tujuan
membaiki kelemahan yang ada
105
6.1
6.1.2