Page 111 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 111
i. Pemikiran Logikal
Gaya pemikiran logikal digunakan untuk mengenal pasti sama
ada idea yang dijana adalah betul dari segi logik dan kenyataan
info
sebenar. Kemahiran berfikir secara logikal adalah penting
Tradisi pemikiran logik dan banyak manfaatnya dalam proses penjanaan idea kerana
Barat dicetuskan oleh menjelaskan sesuatu yang tidak jelas pada mulanya.
tiga orang tokoh falsafah
Yunani yang terkenal dan ii. Pemikiran Kreatif
berpengaruh sehingga
hari ini, iaitu Socrates, Pemikiran kreatif merupakan satu keupayaan atau kebolehan
Plato dan Aristotle. individu untuk mencipta sesuatu yang baharu. Ciri-ciri seorang
pemikir yang kreatif adalah seperti dalam rajah di bawah.
Ciri-ciri Pemikir Kreatif
Tidak terikat Mengubah suai
Peribadi stabil
dengan cara idea atau konsep
kerja konvensional secara inovatif
PENJANAAN IDEA Radikal Tidak berputus asa
Berani mencabar
amalan biasa Bersifat terbuka
iii. Pemikiran Lateral
Pemikiran lateral bersifat generatif dan membina. Ia bertujuan untuk menerbitkan suatu
perubahan baharu dan berlainan terhadap sesuatu masalah. Pemikiran lateral juga bertujuan
mencari pilihan penyelesaian tanpa mempunyai batasan idea yang dijana. Di dalam berfikir
secara lateral, idea baharu yang dijanakan tidak dinilai sama ada betul atau salah. Walaupun idea
tersebut bercanggah dengan masalah asal ia boleh diterima selagi idea tersebut bersifat positif.
102
6.1
6.1.1