Page 112 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 112

iv.  Pemikiran Analitikal
                  Pemikiran analitikal memerlukan kita melihat sesuatu perkara atau
                  butiran secara mendalam dan terperinci. Pemikiran ini mengkaji
                  sesuatu aspek dengan cara memecahkan bahagian yang besar kepada
                  bahagian yang lebih kecil agar penyelesaian yang penuh bermakna
                  terhadap sesuatu masalah dapat dibuat.



                                                          Mengenali
                                                      faktor-faktor utama





                         Situasi yang                                           Mencari persamaan
                          kompleks
                                                                                  dan perbezaan




                                                           Mencari
                                                     punca-punca masalah



                                                Konsep Pemikiran Analitikal




                  v.  Pemikiran Kritikal

                  Pemikiran kritikal digunakan untuk mengenal pasti kesilapan, kelemahan, kekurangan dan kesalahan
                  pada idea yang dijana. Ia adalah kemahiran berfikir yang berfungsi untuk meningkatkan pemahaman
                  dan kebolehan menggunakan maklumat sedia ada. Pemikiran kritikal mementingkan logik atau
                  kemunasabahan sesuatu idea. Melalui pemikiran ini, faktor-faktor yang terbaik diperoleh dengan cara   PENJANAAN IDEA
                  membuang atau memperbaiki kesalahan dan kelemahan yang telah dikenal pasti.



                  vi.  Pemikiran Intuitif

                  Pemikiran intuitif adalah berdasarkan kepada gerak hati atau naluri. Dalam keadaan ini,
                  keputusan dibuat dengan mengikut suara hati dalam keadaan tiada maklumat langsung atau
                  maklumat yang tidak lengkap.









                                                                                                           103
                    6.1
                    6.1.1
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117