Page 2 - AMALI 3 AIR_Neat
P. 2
TAJUK
Ujian-ujian makmal untuk air
TUJUAN
i) Mengkaji kualiti air melalui analisis warna, rasa, bau, suhu, kekeruhan dan pH air dalam jenis-
jenis air yang berbeza
ii) Menguji tahap BOD (Biological Oxygen Demand) dalam jenis-jenis air yang berbeza
TEORI
Permukaan bumi terdiri daripada 75% air sebagai air laut jika dibandingkan dengan kawasan
tanah. Sumber air yang diperolehi terutamanya adalah air hujan dan kitaran air serta kawasan
tadahan air hujan memainkan peranan yang penting dalam memastikan manusia mendapat
sumber air untuk kehidupan. Terdapat pelbagai jenis sumber air yang digunakan oleh manusia
dalam kehidupan seharian. Terdapat juga pelbagai kajian saintifik bagi memastikan sumber air
yang diperolehi adalah bersih dan tidak tercemar. BOD atau Biological Oxygen Demand adalah
jumlah oksigen yang digunakan oleh mikroorganisma aerob untuk menguraikan bahan organik di
dalam sampel air yang tertentu. Keperluan oksigen biokimia, (BOD) ini merupakan ujian yang
digunakan untuk menyukat darjah pencemaran air . Jika air mempunyai nilai BOD yang tinggi,
maka tahap oksigen terlarut dalam air tersebut adalah rendah dan ini membuktikan bahawa air
tersebut adalah tercemar. Jika air mempunyai nilai BOD yang rendah, maka tahap oksigen
terlarut dalam air tersebut adalah rendah dan membuktikan air tersebut tidak tercemar. Keperluan
oksigen biokimia sering dihubungkait dengan COD atau Chemical Oxygen Demand dan DO atau
Dissolved Oxygen.
Oksigen terlarut, (DO) adalah salah satu parameter penting dalam analisis kualiti air. DO
biasanya diukur dalam bentuk kepekatan menunjukkan jumlah oksigen yang terdapat air. Jika
lebih besar nilai DO, maka air tersebut tidak tercemar dan bersih. Sebaliknya, jika nilai DO rendah,
ini membuktikan bahawa air tersebut adalah tercemar. Pengukuran DO juga adalah untuk melihat
sejauh mana air tersebut dapat menampung biota akuatik seperti ikan dan mikroorganisma. Oleh
hal yang demikian, COD dan DO dalam air dapat ditentukan daripada nilai BOD yang diperolehi
daripada ujian bagi sumber air tersebut.