Page 6 - AMALI 3 AIR_Neat
P. 6
PERBINCANGAN
Eksperimen ini dijalankan dengan tujuan untuk menguji kualiti air yang terdapat pada pelbagai
sumber. Menurut Jamie dan Richard (1996), ‘kualiti air’ merupakan frasa yang digunakan bagi
menunjukkan kesesuaiannya untuk digunakan dalam pelbagai tujuan. Setiap penggunaan
tertentu akan memerlukan air dengan kualiti yang berbeza berdasarkan ciri-ciri fizikal dan kimia
dan biologikal air. Sebagai contoh, nilai pH, suhu dan nilai oksigen terlarut yang ada pada air
akan mempengaruhi kehidupan organisma akuatik. Dalam erti kata yang lain, kualiti air boleh
ditentukan berdasarkan julat pemboleh ubah yang mengehadkan penggunaanya. Kualiti air boleh
dijelaskan melalui beberapa faktor seperti kepekatan bahan organik atau inorganik yang terlarut
dalam air bersama dengan beberapa ciri fizikal bagi air.
Menurut Fondriest (2019) sebuah pusat pembelajaran mengenai alam sekitar, ujian untuk
menentukan kualiti air adalah penting kerana kualiti air yang rendah bukan hanya mempengaruhi
kehidupan organisma akuatik malah ianya turut memberikan kesan yang buruk kepada ekosistem
sekelilingnya. Berdasarkan daripada pernyataan laman ini, kualiti air bolehlah diukur berdasarkan
beberapa parameter yang mempengaruhinya seperti pengangkutan bahan kelodak dan
pemendapan, pembentukan alga dan phytoplankton, bahan organik kromoforik terlarut,
pengaliran, salinity & jumlah pepejal terlarut, oksigen terlarut, pH air, suhu, jumlah pepejal yang
terampai dan radiasi solar serta radiasi aktif daripada fotosintesis. Kesemua parameter
merangkumi kesemua ciri-ciri fizikal, kimia dan biologikal air
Kami telah melakukan kedua-dua ujian fizikal dan kimia kepada sampel air yang terpilih.
Berdasarkan pemerhatian yang diperoleh, sampel A merupakan air longkang. Ujian fizikal
mendapati sampel A tidak jernih dari segi warnanya dan mempunyai bau yang kurang selesa.
Selain itu, rasa sampel A telah diramalkan daripada nilai pH yang diukur dengan menggunakan
pH meter dan didapati sampel A mempunyai pH pada paras berasid dan ini membuktikan rasa
sampel A berkemungkinan rasa masam. Kekeruhan sampel A menunjukkan bahawa sampel A
berada dalam keadaan yang sangat keruh. Namun begitu, pemerhatian yang disebaliknya
diperolehi apabila ujian fizikal dilaksanakan kepada sampel B iaitu air paip kerajaan. Sampel B
berada dalam keadaan yang sangat jernih dan tidak berbau. Ini adalah disebabkan air paip
kerajaan telah dirawat dan ditapis sebelum disalurkan untuk kegunaan domestik. Rasa sampel B
juga telah diramalkan daripada nilai pH yan diukur dengan menggunakan pH meter dan didapati
sampel B mempunyai pH yang berada pada paras alkali dan ini membuktikan bahawa rasa
sampel B adalah tawar. Selain itu, kekeruhan sampel B menunjukkan bahawa sampel B tidak
keruh kerana warna sampel B adalah jernih. Menurut Zaki Zainudin (2010), berdasarkan