Page 8 - AMALI 3 AIR_Neat
P. 8
Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi, sampel A iaitu air longkang menunjukkan
perubahan yang ketara jika dibandingkan dengan sampel B iaitu air paip kerajaan. Sampel A
merupakan sumber air yang tidak dirawat dan tidak ditapis jika dibanding dengan sampel B. Oleh
hal yang demikian, sampel A telah melunturkan warna larutan metilena biru kerana terdapat
organisma biologi yang hidup dalam larutan tersebut dan menggunakan oksigen untuk proses
respirasi sel. Hal ini kerana sebatian kimia yang mempunyai daya tarikan yang kuat dapat
menarik elektron dengan senaang dapat dikelaskan sebagai agen pengoksidaan. Apabila
kandungan oksigen digunakan oleh mikroorganisma untuk respirasi sel dan sampel tersebut telah
dibiarkan selama 5 hari, warna biru larutan metilena akan hilang dan menjadi jernih. Bukan itu
sahaja, permehatian yang diperolehi ini membuktikan bahawa keperluan oksigen biokimia,BOD
adalah tinggi dalam sampel A. Apabila nilai BOD adalah tinggi, ini juga menyatakan bahawa
kandungan oksigen terlarut, DO adalah sangat rendah kerana kandungan oksigen terlarut dalam
air telah digunakan oleh mikrooragnisma dalam air untuk respirasi sel.
Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi, larutan metilena biru kekal biru selepas 5 hari
bagi sampel B iaitu air paip kerajaan. Ini membuktikan bahawa keperluan oksigen biokimia, BOD
adalah rendah dalam sampel B. Apabila nilai BOD adalah rendah, maka kandungan oksigen
terlarut, DO adalah sangat tinggi kerana tiada mikroorganisma dalam sampel tersebut untuk
menggunakan oksigen yang terkandung dalam sampel tersebut. Seperti yang dikatakan,
pemerhatian ini diperolehi adalah kerana sampel B merupakan air paip kerajaan yang dirawat
dan ditapis sebelum disalurkan kepada kegunaan domestik. Menurut Arun (2015), rawatan air
yang lebih menyeluruh perlu dilakukan pada air kumbahan ini untuk membuang sisa yang ada
padanya supaya ianya tidak mempengaruhi kualiti air sungai apabila bercampur dengannnya
nanti. Antara proses yang terdapat dalam rawatan air kumbahan secara menyeluruh adalah terdiri
daripada Sembilan proses. Menurut laman Bizcon (2010), ianya bermula daripada pengumpulan
air kumbahan, kawalan bau, pemeriksaan objek yang besar seperti botol, rawatan pertama,
rawatan kedua, pengurusan pepejala biologikal, rawatan ketiga, pembasmian kuman dan
akhirnya rawatan penyingkiran bahan tersemar. Kesembilan proses ini akan dilakukan terhadap
air kumbahan melalui rawatan menyeluruh supaya kualiti air dapat ditingkatkan.
Secara keseluruhannya, dapat kita nyatakan bahawa sampel air daripada kawasan yang
berbeza akan mempunyai kualiti air yang berbeza dan ianya telah dibuktikan melalui eksperimen
ini.