Page 4 - AMALI 3 AIR_Neat
P. 4

UJIAN 4 : KEKERUHAN

               i) Cetakan Ceper Sacchi diletakkan pada dasar silinder penyukat


               ii) Sampel air A dimasukkan secara perlahan-lahan sehingga cetakan Ceper Sacchi pada dasar
               silinder penyukat tidak kelihatan.


               iii) Isipadu air direkodkan ke dalam jadual.

               iv) Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menggantikan sampel air A dengan sampel air B.

               UJIAN 5 : pH


               i) 50ml sampel air A dimasukkan ke dalam bikar.

               ii) Meter pH dikalibrasi menggunakan larutan buffer.

               iii) Meter pH dipindahkan ke dalam bikar berisi sampel air A.


               iv) Bacaan pada meter pH direkodkan ke dalam jadual.

               v) Langkah 1 hingga 4 diulang dangan menggantikan sampel air A dengan sampel air B.

               UJIAN 6 : RASA


               i) Rasa sampel air A dan B diramalkan menurut nilai pH air.

               ii) Ramalan direkodkan ke dalam jadual.


               UJIAN 7: BOD

               i) Sampel air longkang di masukkan ke dalam kelalang kon dan dilabelkan.

               ii) 5 titis metilena biru dimasukkan ke dalam kelalang kon tersebut.


               iii) Tutup kelalang kon tersebut menggunakan penutup getah bagi mengelakkan udara masuk ke
               dalam kelalang kon tersebut.

               iv) Goncangkan sedikit dan letakkan kelalang kon tersebut di tempat yang gelap.


               v) Ulangi langkah  1 hingga 5 menggunakan sampel air B iaitu air paip kerajaan

               vi) Kedua-dua kelalang kon disimpan di tempat yang gelap selama lima hari
   1   2   3   4   5   6   7   8   9