Page 7 - AMALI 3 AIR_Neat
P. 7
parameter seperti oksigen terlarut, pH dan suhu yang telah diukur kita dapat mengirakan Indeks
Kualti Air dan seterusnya dapat mengenalpasti kualtitinya berada pada tahap mana dengan
berpandukan jadual spesifikasi yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar atau dikenali
sebagai Department of Environment (DOB).
Rajah 1.0 Jadual Indeks Kualiti Air dan Status Pencemaran
Kualiti air juga dapat ditentukan dengan ujian kimia dengan menggunakan larutan metilena biru.
Ujian kimia dijalankan untuk menentukan keperluan oksigen biokimia, BOD untuk menentukan
tahap pencemaran bagi setiap sumber air yang diuji. BOD atau Biological Oxygen Demand
adalah jumlah oksigen yang digunakan oleh mikroorganisma aerob untuk menguraikan bahan
organik di dalam sampel air yang tertentu. Organisma aerobik atau aerob ialah organisma yang
melakukan metabolisma dengan bantuan oksigen. Aerob dalam proses dikenali sebagai respirasi
sel menggunakan oksigen untuk mengoksidakan substrat untuk memperoleh tenaga. Kesemua
sumber air terdiri daripada kehidupan akuatik dan mikroorganisma yang melakukan metabolisma
dengan bantuan oksigen yang terdapat dalam air. Larutan metilena biru merupakan suatu larutan
sebatian yang digunakan oleh ahli biologi sebagai dye bagi melihat kehidupan yang tidak dapat
dilihat oleh mikroskop, atau sebagai penunjuk kepada kewujudan dan ketiadaan oksigen
(Council, 2006).