Page 2 - AMALI 3 MUSYAMMIR FIRDAUS
P. 2

TAJUK


               Ujian-ujian makmal untuk air

               TUJUAN


               Mengkaji tahap kualiti air di persekitaran


               PENGENALAN

               Pencemaran air berlaku apabila kualiti air merosot disebabkan oleh pencemaran bahan kimia

               berbahaya.  Air  dikatakan  tercemar  apabila  tidak  sesuai  untuk  digunakan  mengikut  fungsinya
               yang tertentu. Pencemaran air boleh berlaku dalam dua cara iaitu fenomena alam dan kesan
               aktiviti manusia.


               BOD atau Biochemical Oxygen Demand adalah suatu ciri yang menunjukkan jumlah oksigen
               terlarut  yang  diperlukan  oleh  mikroorganisma   (biasanya  bakteria)  untuk  mengurai  atau

               mendekomposisi  bahan  organik  dalam  kondisi  aerobik  (Umaly  dan  Cuvin,  1988;  Metcalf  &
               Eddy,  1991).  Boyd  (1990),  bahawa  bahan  organik  yang  terdekomposisi  dalam  BOD  adalah
               bahan organik yang siap terdekomposisi (readily decomposable organic matter).  Mays (1996)

               menyatakan BOD sebagai suatu ukuran jumlah oksigen yang digunakan oleh populasi  mikrob
               yang  terkandung  dalam  perairan  sebagai  respons  terhadap  masuknya  bahan  organik  yang
               dapat  diurai.   Dari  pengertian-pengertian  ini  dapat  dikatakan  bahawa  walaupun  nilai  BOD

               menyatakan jumlah oksigen, tetapi untuk mudahnya dapat juga  ditakrifkan sebagai gambaran
               jumlah  bahan  organik  mudah  urai  (biodegradable  organics)  yang  terdapat  dalam  sesuatu

               sumber air.

               Sedangkan COD atau Chemical Oxygen Demand adalah jumlah oksigen yang diperlukan untuk

               mengurai seluruh bahan organik yang terkandung dalam air (Boyd, 1990).  Hal ini kerana bahan
               organik yang ada sengaja diurai secara kimia dengan menggunakan agen pengoksidaan kuat
               kalium bikromat pada keadaan suhu panas dengan mangkin perak sulfat (Boyd, 1990; Metcalf

               & Eddy, 1991), sehingga segala macam bahan organik, baik yang mudah urai mahupun yang
               kompleks dan sulit urai, akan teroksida. Dengan demikian, selisih nilai antara COD dan BOD

               memberikan  gambaran  besarnya  bahan organik  yang  sulit  urai  yang  ada di  sumber  air. Nilai
               BOD  boleh  sama  dengan  COD,  tetapi  BOD  tidak  boleh  lebih  besar  dari  COD.   Jadi  COD
               menggambarkan jumlah total bahan organik yang ada.
   1   2   3   4   5   6   7