Page 5 - AMALI 3 MUSYAMMIR FIRDAUS
P. 5

Ujian                            Sampel A                        Sampel B
               Warna                            Keperangan                      Tidak berwarna





               Bau                              Berbau                          Tidak begitu berbau






               Kekeruhan                        Keruh                           Tidak keruh










               PERBINCANGAN

               Berdasarkan  eksperimen  yang  telah  dijalankan,  terdapat  beberapa  kesimpulan  yang  dapat

               dibuat.

               Jika dilihat dari sudut aspek kimia, larutan metilena biru berubah warna menjadi tidak berwarna

               bagi sampel A dan bagi sampel B pula, larutan metilena biru kekal berwarna biru. Metilena biru
               merupakan suatu larutan sebatian yang digunakan oleh ahli biologi sebagai dye bagi melihat

               kehidupan yang tidak dapat dilihat oleh mikroskop, atau sebagai penunjuk kepada kewujudan
               dan  ketiadaan  oksigen  (Council,  2006).  Hal  ini  secara  tidak  langsung  menjelaskan  bahawa
               tahap kualiti air bagi sampel A adalah lebih teruk berbanding sampel B.


               Mikroorganisma  (bakteria)  adalah  sebagai  pengurai  bahan  organik,  maka  analisis  BOD
               memang  memerlukan  waktu  yang  agak  lama.   Pengoksidaan  biokimia  adalah  proses  yang

               lambat.  Dalam waktu 20 hari, Pengoksidaan bahan organik karbon mencapai 95 – 99 %, dan
               dalam  waktu  5  hari  sekitar  60  –  70  % bahan  organik  telah  terdekomposisi  (Metcalf  &  Eddy,
               1991). Penyimpanan sampel selama 5 hari adalah kesepakatan umum dalam penentuan BOD.


               Dalam sampel A, air yang bercampur dengan larutan metilena berwarna biru bertukar menjadi
               tidak berwarna kerana terdapat organisma/ bakteria yang hidup dalam sampel itu. Hal ini akan

               menyebabkan bakteria itu bertindak balas dengan oksigen yang terdapat pada larutan metilena
               biru. Ini akan menyebabkan nilai BOD akan meningkat kerana semakin banyak oksigen yang
               terlarut digunakan oleh organisma/bakteria dalam sampel air itu.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9