Page 3 - AMALI 3 MUSYAMMIR FIRDAUS
P. 3
Dalam eksperimen ini, sumber air yang dipilih adalah air paip dan air longkang. Hal ini demikian
kerana perbezaan lebih mudah untuk dilihat dari segi keputusan eksperimen. Perkara yang
akan dilihat adalah dari segi aspek fizikal seperti warna, bau, dan kekeruhan. Manakala dari
segi aspek kimia pula akan melihat dari segi perubahan larutan metilena biru.
HIPOTESIS :
Kadar perubahan warna metilena biru selepas 5 hari dipengaruhi oleh tahap pencemaran air
PEMBOLEH UBAH :
Dimanipulasi: Jenis sampel air
Bergerak balas: Perubahan warna larutan selepas 5 hari ditambahkan metilena biru
Dimalarkan: Isipadu sampel air yang digunakan
BAHAN DAN RADAS :
Kelalang kon, metilena biru, penitis, bikar, Sampel Air Longkang, Sampel Air Paip
PROSEDUR :
1. Tiga jenis sampel air diambil dan diletakkan ke dalam tiga bikar yang berlainan.
2. Sampel air longkang di masukkan ke dalam kelalang kon dan dilabelkan.
3. 5 titis metilena biru dimasukkan ke dalam kelalang kon tersebut.
4. Tutup kelalang kon tersebut menggunakan penutup getah bagi mengelakkan udara
masuk ke dalam kelalang kon tersebut.
5. Goncangkan sedikit dan letakkan kelalang kon tersebut di tempat yang gelap.
6. Ulangi langkah 2 hingga 5 menggunakan sampel air yang berlainan iaitu air paip.
7. Kesemua kelalang kon disimpan di tempat yang gelap selama lima hari.