Page 6 - AMALI 3 MUSYAMMIR FIRDAUS
P. 6

Nilai  BOD  juga  boleh  dikaitkan  nilai  COD.  Jika  nilai  BOD  tinggi  dalam  suatu  sampel  air,

               kebiasaannya  nilai  COD  juga  akan  tinggi.  Nilai  BOD  tidak  akan  melebihi  nilai  COD  dalam
               sesuatu sampel air. Nilai COD yang tinggi bermaksud kadar pencemaran air berada pada tahap
               yang  membimbangkan.  COD  bermaksud  oksigen  yang  diperlukan  oleh  organisma  dalam

               sesuatu sampel air. Oleh itu, apabila nilai BOD tinggi, ia bermaksud organisma di dalam air itu
               banyak.  Jika  organisma banyak,  maka lebih banyak  oksigen  yang  diperlukan.  Jadi, dari  situ,
               nilai COD juga akan meningkat manakala nilai DO iaitu oksigen terlarut akan rendah.


               Berdasarkan aspek fizikal pula, warna bagi sampel A adalah keperangan manakala warna bagi
               sampel  B  tidak  berwarna.  Air  yang  bersih  adalah  tidak  berwarna.  Air  yang  berwarna

               menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat cairan kimia dan mikroorganisma berwarna dalam
               air.  Ini  menghalang  penembusan  cahaya  matahari  ke  dalam  air  untuk  membantu  proses
               fotosintesis  oleh  tumbuhan  akuatik.  Air  yang  berwarna  perang  kebiasaannya  terdapat  lebih

               banyak bahan-bahan yang berunsur organik.

               Sampel A adalah berbau manakala sampel B sedikit berbau. Sampel A adalah air longkang dan

               sememangnya  air  longkang  akan  berbau.  Hal  ini  demikian  kerana  terdapat  banyak  bahan-
               bahan organik serta bahan kimia dalam air longkang. Sampel B pula sedikit berbau dan baunya

               adalah bau besi. Hal ini kerana kebanyakan paip adalah diperbuat daripada ferum. Ini secara
               tidak  langsung  menyebabkan  air  berbau  besi.  Air  yang  berbau  tidak  sesuai  untuk  dibuat
               sebagai  air  minuman  dan  jika  baunya  terlalu  tengit,  maka  ia  boleh dikategorikan  sebagai  air

               yang tercemar.

               Sampel A juga lebih keruh berbanding sampel B. Kekeruhan adalah proses mengukur jumlah

               bahan terampai dalam air, atau lebih ringkas, betapa jelasnya air itu. Jika air berada pada tahap
               kekeruhan  yang  tinggi,  proses  fotosintesis  tumbuhan  akuatik  akan  terjejas  kerana  cahaya
               matahari tidak dapat menembusi air. Oleh itu, terdapat kepekatan karbon dioksida yang tinggi

               dalam  air  kerana  tidak  ditukarkan  kepada  oksigen,  Ini  mengganggu  respirasi  organisma-
               organisma akuatik lain.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9