Page 141 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 141

JKR 2350 (P), Jalan Zaharah, 83000 Batu Pahat, Johor.
                      1                      2
                       nilamsyahrina@gmail.com,  lan181180@gmail.com

          Dialog Prestasi (DP) merupakan satu alat kolaboratif dalam  Profesional Learning
          Communities  (PLC)  digunakan  sebagai  salah  satu  platform  untuk  forum  atau
          perbincangan  berfokus  bagi  menyemak  prestasi  dan  isu-isu  berkaitan  data  dan
          fakta  serta  diakhiri  dengan  penyelesaian  masalah,  langkah-langkah  yang  konkrit
          dan tindakan susulan  yang proaktif.  Rentetan  daripada itu,  Pegawai  SISC+  PPD
          Batu  Pahat  telah  mengambil  inisiatif  untuk  menjadikan  satu  lagi  cabang  inovasi
          berkaitan  DP  tetapi  berfokus  kepada  guru  yang  dibimbing  dalam  kalangan  MLT
          (Middle Leader Team) iaitu Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan Ketua Panitia
          (KP). Inovasi ini dikenali sebagai Dialog Prestasi Panitia (DPP). Objektifnya ialah
          bagi mengenalpasti isu dan masalah di dalam bidang atau panitia mata pelajaran di
          sekolah  dan  seterusnya  mencari  intervensi  yang  bersesuaian.  Satu  bentuk
          pelaporan  diperkenalkan  yang  mengandungi  isu,  masalah,  punca  masalah,
          intervensi dan strategi PDCA dengan merujuk kepada data Headcount dan Analisis
          Item.  Pelaporan  ini  dikenali  sebagai  Pelaporan  One  Page  Report  (OPR)
          mengandungi  maklumat  yang  sistematik  dan  berfokus.   Data  tentang  Bimbingan
          Dialog  Prestasi  Panitia  kepada  MLT  telah  dikumpul  melalui  maklum  balas  di
          Google  Form.  DPP  telah  memberikan  impak  yang  sangat  baik  pada  keputusan
          SPM yang mana Daerah Batu Pahat kekal teratas iaitu di tempat pertama selama
          tiga  tahun  berturut-turut.  Jumlah  sekolah  yang  layak  mendapat  sijil  (LMS)  turut
          menunjukkan peningkatan. Kualiti guru dapat dilihat melalui peningkatan skor Std4
          SKPMg2.  DPP ini telah berjaya disebar luas melalui perkongsian amalan baik di
          peringkat daerah dan juga negeri.
          Kata kunci: Dialog Prestasi Panitia (DPP), Professional Learning Communities
                    (PLC), One Page

          KA67

             INOVASI BAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAGI KURSUS
             DBM 20083: DISCRETE MATHEMATICS (ONLINE GAME: XD’ MATHS)

                                                       1
            NOOR IZNA SYAZWANA BINTI MOHAMAD YUSOP , NORHAFIZAH BINTI
                          2,
                   ARSHAD NORSHAFIZA BINTI MOHAMAD KHAIRUDDIN      3
                                  Politeknik Sultan Idris
               Jabatan Matematik, Sains & Komputer, 45100 Sg. Air Tawar, Selangor
                                                          3
                                2
           1  iznayusop@psis.edu.my,  hafizah_arshad@psis.edu.my,  shafiza@psis.edu.my

          Kajian inovasi ini dirangka khas sebagai salah satu usaha bagi mempelbagaikan
          kaedah  pembelajaran  dan  pengajaran  secara  dalam  talian  (PdPDT)  bagi  kursus
          Discrete  Mathematics.  Antara  masalah  yang  dapat  dilihat  semasa  pembelajaran
          dan  pengajaran  secara  dalam  talian  (PdPDT),  adalah  kesukaran  untuk  menarik
          minat  dan  mengekalkan  tumpuan  pelajar  sepanjang  tempoh  pembelajaran
          disebabkan kursus ini berasaskan penggunaan ayat berbanding matematik biasa
          yang  menekankan  konsep  nombor  dan  operasi  matematik.  Inovasi  ini  dicipta
          daripada  idea  asal  permainan  silangkata  yang  diberi  nafas  baru  dan  dinamakan
          XD’Maths yang menawarkan pelaksanaan tutorial secara permainan interaktif yang
          meliputi  soalan-soalan  dalam  topik  Discrete  Mathematics.  Pembangunan  bahan
          bantu mengajar XD’Maths adalah bertujuan untuk mempelbagaikan sumber bahan
          bantu mengajar yang berinteraktif bagi kursus Discrete Mathematics (DBM 20083)
                                                                         137
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146