Page 142 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 142

sekaligus  memberi  kesedaran  kepada  pendidik khususnya guru matematik  untuk
          mengambil  tindakan  sewajarnya  terhadap  kepentingan  bahan  bantu  mengajar
          dalam  pengajaran  atas  talian.  Dengan  adanya  bahan  bantu  mengajar  yang
          berinteraktif ini, pelaksanaan pembelajaran dan tutorial dilihat lebih berkesan dan
          penguasaan pelajar dalam memahami kursus Discrete Mathematics (DBM 20083)
          juga turut  dapat dipertingkatkan.  Dapatan kajian yang dilakukan terhadap pelajar
          semester  2  bagi  sesi  DIS2020  melalui  soal  selidik  dan  ujian  yang  dijalankan
          sebelum dan selepas pelaksanaan mendapati XD’Maths berjaya menarik minat dan
          tumpuan pelajar semasa sesi pembelajaran.
          Kata kunci: Discrete Mathematics (DBM 20083), pembelajaran dan pengajaran
          secara dalam talian (PdPDT), XD’Maths,

          KA68

          MODEL ARM2.0: MELESTARIKAN KAJIAN TINDAKAN DAN PEMBANGUNAN
                             PROFESIONALISME KEGURUAN.

                                  Laimah Sungap, PhD
                            Pejabat Pendidikan Daerah Keningau
            Peti Surat 4, Pejabat Pendidikan Daerah, Keningau, 89007 Keningau, Sabah.
                              laimahsungap7268@gmail.com

          Model ARM2.0 merupakan kesinambungan Model ARM yang terdahulu. Model ini
          diwujudkan khas untuk tujuan membantu warga Pendidikan di Daerah Pedalaman
          Atas, Sabah melaksanakan kajian tindakan di samping kelestarian kajian tindakan.
          Peranan dan faedah melaksanakan kajian tindakan tidak lagi diragui dalam dunia
          pendidikan. Hal ini kerana tujuan utama melaksana kajian tindakan adalah untuk
          membaiki  atau  meningkatkan  kualiti  amalan  masing-masing  di  samping
          meningkatkan kefahaman berkaitan amalan masing-masing serta situasi di mana
          amalan itu dilakukan.  Bagaimanapun, sehingga kini kajian tindakan masih belum
          menjadi  budaya  dalam  kalangan  warga  pendidikan  terutama  pembudayaan
          pendokumentasian. Antara isu yang didapati menjadi kekangan adalah ketiadaan
          panduan ringkas dan mudah tapi masih memenuhi kriteria sebuah kajian tindakan.
          Sehubungan  dengan  isu  tersebut,  maka  pengkaji  menginisiatif  untuk
          menambahbaik  Model  ARM  kepada  Model  ARM2.0.  Selain  daripada
          kesinambungan  model  terdahulu,  ciri  pembinaan  model  ini  adalah  dilandaskan
          kepada  Buku  Manual  Panduan  Kajian  Tindakan  Edisi  Ketiga  (EPRD,KPM:2008).
          Ringkasnya,  Model  ARM2.0  ini  tidak  mengabaikan  panduan  melaksana  kajian
          tindakan serta ciri-ciri kajian tindakan yang disarankan oleh EPRD. Model ini telah
          digunapakai  untuk  menjayakan  pelaksanaan  kajian  tindakan  peringkat  Daerah
          Keningau, Sabah. Keberkesana terkini (2021), ketara apabila dua orang pelaksana
          kajian  tindakan  yang  dibimbing  menggunakan  model  ini,  dan  memenangi  pingat
          Platinum  dan  Emas  pembentangan  kajian  tindakan  Peringkat  Daerah  Keningau,
          berjaya terpilih ke pemilihan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ke peringkat
          Kebangsaan.
          Kata kunci: Model ARM2.0, Pembangunan Profesionalisme dan Kelestarian





                                                                         138
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147