Page 147 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 147
dengan memperlihatkan pembelajaran Sejarah sebagai satu subjek yang mudah
dan menyeronokkan. Inovasi ini bertujuan untuk memudahkan proses
pembelajaran khususnya dalam menguji sejauh mana pemahaman dan ingatan
murid terhadap kronologi sejarah. Kit Krozzle ini membolehkan pelajar belajar
secara sendiri kerana pelajar dapat membuat semakan jawapan secara terus
melalui gambar peta yang terhasil. Inovasi ini tidak memerlukan kos yang tinggi,
mudah dicipta dan diperbanyakkan oleh guru. Penerapan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif juga telah diberi perhatian semasa penghasilan kit ini. Aktiviti
menyusun semula puzzle melalui kronolog berdasarkan rujukan gambar peta untuk
memudahkan proses mengaitkan fakta dengan kedudukan peta boleh
dilaksanakan sebagai aktiviti pengayaan yang dapat meningkatkan motivasi murid
untuk mempelajari Sejarah.
Kata kunci: bahan bantu mengajar, kronologi, permainan, ingatan, peta.
KA75
MODUL PENGAJARAN KENDIRI ELEKTRONIK SISTEM PERNAFASAN
MANUSIA (e-SPM) BIOLOGI TINGKATAN 4
1
ROSLAN BIN MOHAMAD , NILAM SYAHRINA BINTI MOHD. YUSOF 2
Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat
JKR 2350 (P), Jalan Zaharah 83000, Batu Pahat, Johor
2
1 lan181180@gmail.com, nilamsyahrina@gmail.com
Sistem Pernafasan Manusia merupakan satu topik penting yang terkandung dalam
Bab 8 (Respirasi) Biologi KSSM Tingkatan 4. Daripada analisa keputusan
peperiksaan SPM, didapati murid menghadapi masalah dalam menyatakan struktur
serta fungsi sistem pernafasan manusia, menerangkan mekanisma pernafasan
manusia dan menerangkan proses pertukaran gas di alveolus. Oleh itu, inovasi
bertajuk Modul Pengajaran Kendiri Elektronik Sistem Pernafasan Manusia (e-SPM)
direkabentuk dalam bentuk laman web untuk menarik minat murid mempelajari
serta meningkatkan kefahaman tentang sistem pernafasan manusia dengan mudah
sekaligus dapat meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan. Inovasi ini juga
turut memberi ruang kepada para guru untuk menambah amalan baik dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh
pandemik ini supaya murid-murid dapat memperolehi pendidikan yang berkualiti
secara berterusan. Di antara keunikan inovasi ini ialah menggalakkan
pembelajaran akses kendiri, ada unsur animasi dan video, kuiz interaktif,
penerapan nilai murni dan kos yang kecil. Sebelum e-SPM diaplikasikan murid-
murid yang terlibat dalam kajian ini telah mengikuti pembelajaran menggunakan
modul dan diberikan Ujian PRA. Selepas itu, pengajaran dan pembelajaran sistem
pernafasan manusia menggunakan e-SPM dijalankan. Seterusnya mereka diberi
Ujian POST. Data dikumpul melalui pemerhatian dokumen seterusnya dianalisis
secara kuantitatif dalam bentuk purata, markah dan peratusan. Dapatan
menunjukkan prestasi (skor) murid dalam Sistem Pernafasan Manusia meningkat
selepas menggunakan e-SPM. Ini ditunjukkan dengan peningkatan peratus lulus
dari 0% kepada 83.33% dan peningkatan peratus cemerlang dari 0% kepada
33.33%. Manakala min pencapaian (skor) juga meningkat dari 18.83% kepada
57.33%. Inovasi e-SPM ini boleh digunakan oleh semua guru sains dan murid-
murid terutamanya semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
143