Page 150 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 150

memeriksa latihan rakan lain. Seterusnya pelajar semakin peka terhadap elemen-
          elemen yang perlu ada pada setiap graf atau carta yang baik. Terbukti inovasi ini
          dapat  membantu  pelaksanaan  program  dan  seterusnya  menyumbang  kepada
          peningkatkan pencapaian pelajar dalam topik ini.
          Kata kunci: Jamboard, Alih Bentuk Komunikasi

          KA79

                           PULSE OXIMETER AND HEART RATE

                        WAN NURUL ATHIRAH BINTI MOHD YUSOF
                          Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang
                          Jalan Gangsa, 81700 Pasir Gudang, Johor
                             wannurulathirah.ilppg@gmail.com

          Kemajuan  dalam  sains  dan  teknologi  dapat  membantu  menyelesaikan  masalah
          perubatan  manusia  untuk  kelangsungan  hidup.  Pulse  oximeter  adalah  alat
          perubatan elektronik yang mengukur ketepuan oksigen, kandungan oksigen yang
          dibekalkan kepada seseorang  adalah  mengikut nilai  yang diukur  dari  kandungan
          dalam  badan.  Biasanya  kandungan  oksigen  diukur  dengan  pulse  oximeter.
          Pengukuran  kadar  denyutan  jantung  dan  oximeter  nadi  sangat  penting  untuk
          mengetahui keadaan sistem kardiovaskular manusia. Melalui penggunaan oximeter
          nadi,  oksigen  dapat  dipantau  dengan  mudah  dan  pantas.  Pulse  oximeter
          menggunakan  Arduino  UNO  sebagai  papan  pintar  utama  disamping  sensor
          Max30102 yang mengesan kadar nadi dan denyutan jantung. OLED Display pula
          digunakan  sebagai  paparan  bacaan  tahap  oksigen  dalam  darah.  Pulse  oximeter
          dapat digunakan dirumah agar dapat berwaspada dengan kemunculan komplikasi
          kandungan oksigen rendah atau juga dipanggil sebagai happy hypoxia disebabkan
          isu semasa kini yang melibatkan Virus Covid-19.

          KA80

                      CLApS 3.0 (CHARLES’S LAW APPARATUS SET)

                                                            3
                                                2
                                1
             ADZLIENA AB RAHIM , AZURAH DAPOR  , SARIAH ALI  , NORZALINA
                    4
                                                      5
            MAAROF , HAZMIRA SUZLIN AB HAMID @ FAUZI ,  LEILA HANI ZAINAL 6
                                 Kolej Matrikulasi Melaka
                               78300 Masjid Tanah, Melaka
                                           2
                  1 adzliena@kmm.matrik.edu.my,  azurah@kmm.matrik.edu.my,
                                          4
                  3 sariah@kmm.matrik.edu.my,  norzalina@kmm.matrik.edu.my,
                                             6
                   5 hazmira@kmm.matrik.edu.my,   leila@kmm.matrik.edu.my,

          Kumpulan  IMPACTEERS  telah  mengambil  inisiatif  dengan  merekacipta  satu  alat
          yang  lebih  ringkas,  kompak,  jimat,  mesra  pengguna  dan  lebih  berinovasi  yang
          dikenali  sebagai  CLApS,  iaitu  Charles’s  Law  Apparatus  Set  yang  menyasarkan
          peratus ralat dikurangkan kepada 5%, kos peralatan dikurangkan sebanyak 40%
          dan  masa  pengendalian  dikurangkan  kepada  50%  di  dalam  eksperimen
          menentusahkan Hukum Charles. Hukum Charles ini diajar di dalam Topik 5 iaitu
          Topik Keadaan Jirim di bawah subtopik Hukum Gas bagi subjek Kimia Semester 1
          Program Matrikulasi. Semasa menjalankan eksperimen ini dengan menggunakan
          alat  radas  konvensional  yang  sedia  ada,  didapati  ia  sukar  dikendalikan  dan
                                                                         146
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155