Page 152 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 152
KA82
SAYA OK, ANDA OK, “MOVE ON”
3
2
1
Lai Yee Moi , Mary Sariena Binti Mulana , Flora Sentina Anak Kuyol , Nur
Ermie Shahirah Binti Romie 4
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang
Jalan KJD, 96509 Bintangor, Sarawak.
3
2
1 fullblessing88@gmail.com, marycenautik@gmail.com, sentinaflora@gmail.com,
4
ierahshahirah09@gmail.com
Projek inovasi “Saya ok, Anda ok, ‘Move on’” merupakan bentuk kuib yang dilabel 1,
2, 3, dan 4 di luar permukaan kuib. Permukaan di dalam kuib juga terdapat 4 topik
dan setiap topik membawa satu perkara yang akan diperhatikan dan dibincangkan
dalam aktiviti inovasi. Objektif inovasi ini adalah membantu individu mengenali
potensi diri , mendapat kesedaran diri dan mengambil tindakan positif untuk
perubahan kesejahteraan diri. Terdapat segelintir siswa pendidik tidak yakin diri
dalam penyelesaian masalah yang dihadapi dan tidak mampu ‘move on’ untuk
perkembangan kendiri. Oleh itu, projek inovasi ini yang dihasilkan bertujuan
membantu individu mengenali potensi diri dan mengambil tindakan yang positif
dalam situasi yang dihadapi. Menurut pandangan Carl Rogers dalam Teori
Pemusatan Individu, apabila individu berada dalam suasana yang sesuai, diterima,
dan menerima empati, maka individu akan mudah untuk bergerak ke arah
aktualisasi diri. Dalam inovasi ini, idea bentuk kuib yang mengandungi 4 topik ini
merupakan satu strategi yang senang dilihat, mudah difahami oleh individu dalam
proses membantu dan individu akan dibantu oleh kaunselor /pembimbing rakan
siswa pendidik (PRSd) dengan cara menerima tanpa syarat. Individu mudah
mendapat kesedaran diri untuk perubahan kendiri. Setiap topik itu mengambarkan
situasi sebenar dialami oleh individu. Individu mudah mendapat kesedaran kendiri
dan celik akal, mengenal pasti isu dengan tepat dan cepat mendapat alternatif
tindakan positif yang sesuai untuk bergerak ke arah aktualisasi diri. Kos
penghasilan inovasi ini sangat murah, jumlahnya tujuh Ringgit dengan
menggunakan sekotak pensel warna dan 2 helai kertas lukisan sahaja. Selepas
pelaksanaan inovasi ini, didapati individu lebih yakin diri, rasa gembira dan
mengenali potensi diri dan makna hidup. Projek inovasi ini telah dilaksanakan dan
berjaya membantu 30 orang siswa pendidik. Ia merupakan satu hasil yang mudah
dibina mengikut kesesuaian teori dan mudah dapat bahan pembinaannya.
Kata kunci: Kesedaran diri, kesejahteraan diri, menerima tanpa syarat, perubahan
diri.
KA83
AUTOMATIC PLANT WATERING SYSTEM
NUR ASZIYANNI BINTI ZAINOL
Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang
Jalan Gangsa, 81700 Pasir Gudang, Johor
nurasziyanni.ilppg@gmail.com
Penyiram pokok bunga automatik ini adalah suatu alat dimana kendalian operasi
dilaksanakan secara automatik. Tujuan utama penyiram pokok bunga automatik ini
dipilih sebagai tajuk projek adalah kerana ianya amat bersesuaian dengan
148