Page 156 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 156

potentials to contribute PDRM Malaysia improving the security of citizen and it will
          be great tool for them to reduce the number of criminal cases and risks happening
          all around the country.
          Keywords: Human Safety Device, IoT, GPS, SMS, Blynk apps

          KA88

                                  MAGIKA KATA NAMA

                                               1
            MUHAMMAD AZRI HISYAM BIN FARIZAN ; ARFAH BINTI AHAMAD, PhD   2
                      Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
                        Jalan Kuala Ketil, 08000, Sungai Petani, Kedah.
                   1                             2
                    316-3-azri@epembelajaran.edu.my;  arfah@ipsah.edu.my

          Inovasi  Magika  Kata  Nama  merupakan  aplikasi  pengajaran  digital  yang  direka
          menggunakan  perisian  Microsoft  Powerpoint.  Inovasi  ini  dihasilkan  untuk
          menyelesaikan  masalah  murid  tahun  lima  dalam  topik  kata  nama.  Terdapat  tiga
          jenis kata nama dalam Bahasa Melayu iaitu Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan
          Kata  Ganti  Nama.  Dalam  topik  ini,  murid-murid  sukar  untuk  mengenal  pasti  dan
          membezakan ketiga-tiga jenis kata nama tersebut. Oleh itu, inovasi Magika Kata
          Nama telah dihasilkan untuk membantu murid menyelesaikan masalah ini. Inovasi
          Magika  Kata  Nama  terdiri  daripada  tiga  set  nota  dan  tiga  set  latihan.  Set  nota
          adalah berdasarkan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 dan Dokumen Standard
          Kurikulum  (DSKP).  Set  latihan  pula  adalah  berbentuk  permainan  yang  menguji
          murid tahun lima berkaitan kata nama. Set permainan ini memerlukan murid untuk
          menyelesaikan  permainan  dalam  bentuk  kuiz,  maze  dan  dialog  ringkas.  Inovasi
          Magika Kata Nama banyak menggunakan elemen animasi, grafik, video, audio dan
          gif  untuk  menarik  minat  murid  menguasai  pembelajaran  kata  nama.  Inovasi  ini
          dihasilkan bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam norma
          baharu  yang  berlangsung  secara  dalam  talian.  Pembinaan  inovasi  ini  tidak
          menggunakan  kos  yang  tinggi,  hanya  memerlukan  talian  internet  yang  stabil.
          Inovasi Magika Kata Nama boleh dikomersialkan dan diperluaskan kerana ia dapat
          menarik  minat  murid  untuk  belajar  mengenai  kata  nama  dengan  lebih  efektif.
          Melalui  aplikasi  inovasi  Magika  Kata  Nama,  murid  dapat  menguasai  dan
          memahami, serta boleh membezakan ketiga-tiga jenis kata nama tersebut bukan
          sahaja dengan lebih efektif, tetapi juga lebih mudah dan cepat.
          Kata kunci: Magika Kata Nama, Kata Nama, Powerpoint, Murid tahun lima.

          KA89

          IOT BASED DISABLED PARKING SYSTEM (DIPARKSYS) V0.2 ARDUINO UNO

                     NUR SYAFIQAH BINTI MOHAMAD HAIRULL NIZAM
                          Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang
                          Jalan Gangsa, 81700 Pasir Gudang, Johor
                                  nur408508@gmail.com

          Parking Sensor assistant telah digunakan secara meluas di seluruh negara pada
          masa  kini  yang  bertujuan  mewujudkan  bantuan  untuk  menentukan  sejauh  mana
          jarak antara objek/halangan dari kenderaan pemandu. Penggunaan Arduino UNO
          sebagai  papan  pintar  utama  disamping  sensor  Ultrasonic  yang  mengesan  objek
                                                                         152
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161