Page 161 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 161

ringkasannya OSDIC-BP. OSDIC-BP merupakan PLC dalam bentuk website yang
          pertama  dihasilkan,  mengandungi  modul  panduan  penghasilan  dan  penulisan
          inovasi yang dipersembahkan dalam bentuk teks, persembahan Power Point dan
          video  yang  boleh  dicapai  pada  bila-bila  masa  dan  dimana  sahaja.  Guru  yang
          mengikuti  PLC  maya  tersebut  akan  diberikan  kreadit  SPLKPM  jika  berjaya
          menjawab soalan kuiz dengan markah melebihi 60%.  Maklumat  pemenang serta
          bahan  inovasi  yang  dimenangi,  senarai  Jurulatih  Utama  Inovasi  serta  Jawatan
          Kuasa  Inovasi  Daerah  dimasukkan  untuk  rujukan  guru.  OSDIC-BP  juga
          menempatkan  semua  abstrak  dan  bahan  inovasi  peserta  dalam  menu  ‘e-jurnal’
          yang membolehkan pengunjung untuk membuka dan memuat turun bahan tersebut.
          Berdasarkan  hasil  kajian  maklumbalas  dan  penilaian,  didapati  80%  bersetuju
          OSDIC-  BP  berjaya  meningkatkan  ilmu  dan  konsep  inovasi,  memberi  motivasi,
          serta  idea  menghasilkan  inovasi.  Impak  yang  dapat  dilihat  dari  OSDIC-BP  ialah
          peningkatan bilangan  peserta  pertandingan inovasi  dari  24.4%  (2020) meningkat
          kepada  31.8%  (2021)  walaupun  tahun  ini  seluruh  negara  berdepan  dengan
          pendamik covid-19.
          Kata kunci: PLC inovasi online, PLC maya, pertandingan inovasi, panduan inovasi,
                     One Stop Data Innovation Center Batu Pahat

          KA96

                               WATER LEVEL DETECTOR

                         MUHAMMAD AFISZ LEE BIN DANIEL LEE
                          Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang
                          Jalan Gangsa, Pasir Gudang, 81700, Johor
                                 hafiszjaybee@gmail.com

          Pengesan  Paras  Air  ini  dihasilkan  untuk  kegunaan  di  rumah.  Contohnya  apabila
          memenuhkan  air  ke  dalam  sesebuah  bekas  yang  besar  akan  mengambil  masa
          yang lama maka tujuan projek ini ialah untuk menyenangkan anda supaya apabila
          paras air tertentu telah capai tahap yang ada tetapkan dan ia akan berhenti serta-
          merta. Bahan Seperti Mikropemproses digunakan untuk komunikasi dengan sensor
          ultrasonik.  Untuk  mula  mengukur  jarak,  Mikropemproses  mengirimkan  isyarat
          pencetus  ke  sensor  ultrasonik.  Kitaran  tugas  isyarat  pencetus  ini  adalah  10μS
          untuk  sensor  ultrasonik  HC-SR04.  Semasa  dicetuskan,  sensor  ultrasonik
          menghasilkan  lapan  gelombang  akustik  (ultrasonik)  dan  memulakan  pembilang
          masa.  Sebaik  sahaja  isyarat  pantulan  (echo)  diterima,  pemasa  berhenti.  Output
          sensor  ultrasonik  adalah  nadi  tinggi  dengan  jangka  masa  yang  sama  dengan
          perbezaan  waktu antara  ledakan ultrasonik  yang  dihantar dan isyarat  echo  yang
          diterima. Sensor ultrasonik berfungsi berdasarkan prinsip yang sama seperti sistem
          radar Sensor ultrasonik dapat menukar tenaga elektrik menjadi gelombang akustik
          dan  sebaliknya.  Sensor  ultrasonik  HC  SR04  yang  terkenal  menghasilkan
          gelombang ultrasonik pada frekuensi 40kHz.







                                                                         157
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166