Page 164 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 164

KA100

                               AUTOMATIC CLOTHESLINE

                              AINAA NAJWA BINTI MOHTAR
                          Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang
                          Jalan Gangsa, 81700, Pasir Gudang, Johor
                               ainaanajwa.ilppg@gmail.com

          Automatic clothesline merupakan suatu sistem inovasi di mana, pakaian pengguna
          akan  dikeluarkan  untuk  dijemur  di  bawah  sinaran  cahaya  matahari  ataupun
          dimasukkan  ke  dalam  halaman  rumah  yang  terlindung  apabila  sistem  pengesan
          iaitu sensor mengesan terdapatnya perubahan cahaya yang berlaku di sekitarnya.
          Sistem  ini  boleh  diguna  pakai  dan  sesuai  untuk  masyarakat  yang  sibuk  dengan
          aktiviti atau pekerjaan harian justeru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
          menjemur pakaian. Sistem ini juga secara tidak langsung, dapat menjimatkan wang
          bagi  mereka  yang  sentiasa  ke  dobi  untuk  mengeringkan  pakaian.  Automatic
          clothesline  ini  menggunakan  Arduino  UNO  sebagai  bahagian  utama  dalam
          pembinaan  projek  disamping  menggunakan  komponen  lain  seperti  sensor
          Raindrop yang berfungsi untuk mengesan titisan air hujan yang jatuh ke atasnya.
          Tambahan  lagi,  penggunaan  komponen  LDR  (Photoresistor)  adalah  untuk
          mengesan cahaya yang mencukupi agar pakaian pengguna dapat dikeluarkan dan
          dijemur secara automatik. Sistem ini berfungsi menggunakan bekalan kuasa 12V
          dan seterusnya ke Arduino UNO yang telah diprogramkan bersama dengan sensor
          Raindrop. Hasil dapatan projek, sensor Raindrop dapat mengesan titisan air hujan
          manakala  komponen  LDR  dapat  mengesan  cahaya  matahari  yang  terpancar
          kepadanya. Projek ini akan menjadi tumpuan terutamanya bagi pengguna dalam
          sektor rumah tangga.

          KA101

                               RAIN DETECTION SENSOR

                       MOHAMAD SYAHMI AZRI BIN MOHD SYAHREL
                          Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang,
                          Jalan Gangsa, 81700 Pasir Gudang, Johor
                                 syahmiazri11@gmail.com

          Rain  Detection  Sensor  sangat  lah  tidak  terkenal di  masa kini tetapi  ianya  bagus
          digunakan,  untuk  memberi  amaran  apabila  hujan  turun.  Teknologi  ini  dapat
          membantu  supaya  pakain-pakain  dan  barang-barang  yang  berjemuran  di  luar
          rumah  tidak  basah.  Sistem  Rain  Detection  Sensor  menggunakan  Arduino  UNO
          sebagai  papan  pintar  utama  disamping  Rain  Sensor  Module  yang  berfungsi
          mengesan  terjadinya  hujan.  Led  dan  Buzzer  digunakan  untuk  memberi  isyarat
          kepada penguna. Sistem Rain Detection Sensor berkendali dengan power supply
          12V DC sebagai input bekalan kuasa yang dibekalkan ke dalam litar. Seterusnya
          ke Arduino UNO yang diprogramkan untuk mengesan hujan bagi memberi isyarat
          melalui  rain  sensor  module.  Hasil  dapatan  projek,  rain  sensor  module  berupaya
          mengesan  hujan  dalam  dalam  masa  5  saat  tanpa  gangguan.  Projek  ini  dapat
          membantu memberi amaran supaya barang di luar tidak basah apbila hujan turun.

                                                                         160
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169