Page 159 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 159

Moral  yang  dihasilkan  boleh  dijadikan  bahan  pengajaran  kepada  semua  guru
          Pendidikan moral.
          Kata kunci: Expert Moral, 18 Nilai Universal, Pendidikan Moral, KBAT

          KA93

                                INOVASI KIT PPI MAKAMA

                                    SHAFFEEI, PhD
                              Universiti Pendidikan Sultan Idris
           Fakulti Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, 35900
                                  Tanjong Malim, Perak.
                                  kama@fpm.upsi.edu.my

          Inovasi KIT PPI MA iaitu bahan bantu belajar dalam menguasai hasil pembelajaran
          Kursus Pendidikan Inklusif bagi Mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan di Universiti
          Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak. Inovasi ini bertujuan untuk
          meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran mahasiswa dengan menggunakan
          platform Inovasi KIT PPI MA. KIT PPI MA ialah pendekatan pembelajaran secara
          atas  talian  menggunakan  aplikasi  MyGuru  yang  disediakan  oleh  pihak  UPSI
          dengan  sokongan  pelantar  aplikasi  lain  seperti  padlet,  blogspot,  youtube,
          powertoon,  google meet, telegram,  whatsapp dan instagram.  Melalui pendekatan
          KIT PPI MA, pensyarah lebih mudah menterjemah kandungan proforma sama ada
          secara  bersemuka,  bersemuka  atas  talian  dan  pembelajaran  kendiri  oleh
          mahasiswa.  Objektif  kajian  ialah  mengenalpasti  penggunaan  KIT  PPI  MA  dalam
          meningkatkan  penguasaan  pembelajaran  mahasiswa  sarjana  muda  pendidikan
          yang mengambil kursus KPK 3012 Pendidikan Inklusif sebagai salah satu kursus
          wajib  dalam  subjek  Pendidikan  di  UPSI.  Metodologi  kajian  dilaksanakan  secara
          kuantitatif  dan  berbentuk  kajian  tinjauan.  Sampel  kajian  melibatkan  342  orang
          mahasiswa  yang  mengambil  kursus  tersebut.  Instrumen  soal  selidik  digunakan
          dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 98% mahasiswa
          dapat mengikuti kaedah KIT PPI MA dengan langkah-langkah yang disediakan oleh
          pensyarah  kursus.  Penggunaan  inovasi  KIT  PPI  MA  kepada  mahasiswa  perlu
          diteruskan  dan  berpotensi  dikomersialkan  dalam  bentuk  pedagogi  teknologi
          pengajaran  pada  masa  depan.  Implikasi  kajian  ialah  pensyarah  perlu  diberi
          pendedahan berkaitan inovasi ini sebagai satu pendekatan alternatif ini berbanding
          dengan  kaedah  sedia  ada.  Inovasi  KIT  PPI  MA  juga  menyokong  dasar  kerajaan
          dalam melaksanakan Dasar Pendigitalan Pendidikan di masa depan.
          Kata  kunci:  KIT  PPI  MA,  Pendidikan  Inklusif,  Mahasiswa,  Sarjana  Muda
                     Pendidikan.

          KA94

                                KOMIK PAHLAWAN CILIK

                                                    1
           MUHAMMAD IRFAN NYIA BIN ABDULLAH, PhD ; MUHAMMAD NUR AIZAT
                                                               3
                            2
             BIN MOHD SADNI ; NUR IFFA BINTI MD LUKMANULHAKIM ; NAZATUL
                                       4
           AMILIN BINTI MOHD MUZAFFAR ; WAN NORFATIHA BINTI WAN GHAFAR    5
                      Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                              21030 Kuala Nerus, Terengganu
                                                                         155
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164