Page 160 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 160

1 dr.irfan@ipgm.edu.my,  aizatms99@gmail.com,
                                           2
                    3                            4
                    iffalukmanulhakim123@gmail.com,  najlinisz@gmail.com,
                                5 fatihaghafar99@gmail.com

          Komik Pahlawan Cilik merupakan sebuah komik pendidikan yang dihasilkan untuk
          pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  bagi  membantu  penguasaan  perumpamaan
          bahasa  Melayu  sekolah  rendah  tahap  2.  Komik  ini  dicipta  bagi  membantu
          menyelesaikan  masalah  penguasaan  perumpamaan  dengan  lebih  mudah  dan
          menarik  menggunakan  buku  digital  (e-book).  Pengaplikasian  aspek  didik  hibur
          yang  dimasukkan  ke  dalam  komik  ini  juga  bertujuan  membantu  murid  untuk
          mendapat  keputusan  cemerlang  dalam  pentaksiran  bahasa  Melayu.  Hasil  temu
          bual  mengenai  permasalahan  murid  dalam  penguasaan  perumpamaan  dan
          penilaian  ujian  pra  telah  melahirkan  cetusan  idea  bagi  penghasilan  inovasi  ini.
          Bentuk  visual  yang  menarik,  mudah  untuk  diakses  dan  elemen  didik  hibur
          sememangnya  dapat  menarik  minat  murid  untuk  membaca  dan  menguasai
          perumpamaan  dengan  lebih  baik.  Selain  itu,  murid-murid  dapat  menguasai
          kemahiran berdialog menggunakan intonasi yang betul dan memartabatkan bahasa
          Melayu  sebagai  bahasa  rasmi  negara.  Dapatan  ujian  pasca  telah  menunjukkan
          bahawa  penggunaan  Komik  Pahlawan  Cilik  mampu  meningkatkan  tahap
          penguasaan  murid-murid  terhadap  perumpamaan  bahasa  Melayu.  Perkara  ini
          dapat  dilihat  menerusi  peningkatan  markah  bagi  ujian  pasca  yang  telah
          dilaksanakan  terhadap  murid-murid  Tahun  5  Sekolah  Kebangsaan  Institut
          Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (SK IPGKDRI). Komik Pahlawan Cilik
          berpotensi  untuk  dikomersilkan  sama  ada  menerusi  pembelajaran  secara  maya
          dalam laman sesawang atau diterbitkan dan dijual di kedai buku.
          Kata kunci: komik pahlawan cilik, perumpamaan, pembelajaran, penilaian, secara
                     maya

          KA95

               ONE STOP DATA INOVATION CENTER BATU PAHAT (OSDIC-BP)

                                        1
                                                           2
          MOHD SHARIN BIN ABDUL KARIM , ZALINA BINTI SAPIE , ZANARIAH BINTI
                                                         4
                          3
           ABDUL RAHMAN , NORAFIZA BINTI ABDUL RAHMAN , NILAM SYAHRINA
                                         5
                       BINTI MOHD YUSOF ,  ZALITA BINTI KATMIN 6
                           Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat,
             Sektor Pembelajaran, Jalan Zaharah 83000 Batu Pahat, Johor Darul Takzim
                  1 sharin.abdkarim@moe.gov.my,  zalina.spjbp@edidik.edu.my,
                                            2
                   3                          4
                   zanariah.rahman@moe.gov.my,   nurrarahman@gmail.com,
                                           6
                     5 nilam.yusof@moe.gov.my,  zalita.katmin@moe.gov.my

          Guru yang menjadi pemangkin pendidikan masa hadapan, seharusnya menjadikan
          inovasi  sebagai  budaya  dan  bukan  hanya  dihasilkan  apabila  ada  pertandingan.
          Namun, apabila pertandingan inovasi peringkat daerah diadakan hanya 24.4% guru
          menghantar  penyertaan.  Antara  isu  yang  dikenalpasti  melalui  pemerhatian  data
          dan  bahan  inovasi  yang  dihantar,  didapati  guru-guru  sangat  kurang  bimbingan,
          panduan  dan  kekurangan  idea  untuk  menghasilkan  inovasi.  Perkara  ini  berlaku
          kerana  Komuniti  Pembelajaran  Profesional  atau  PLC  berkaitan  dengan  inovasi
          agak jarang diadakan. Justeru itu satu medium PLC secara atas talian yang dapat
          menyalurkan maklumat, panduan, dan format penghasilan serta penulisan inovasi
          diwujudkan  yang  dinamakan  ‘One  Stop  Data  Inovation  Center  Batu  Pahat’  atau
                                                                         156
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165