Page 157 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 157
untuk mengetahui sejauh mana jarak objek/halangan dari kenderaan pemandu.
Tambahan pula, LED digunakan sebagai alat bantuan visual, buzzer piezo
digunakan sebagai alat bantu audio. Projek ini dilengkapi dengan dua sensor jarak
iaitu sensor Ultrasonik HC-SR 04 dan Buzzer piezo. Sensor ultrasonik HC-SR 04
dipasang pada dua titik di bahagian belakang kereta. Buzzer piezo pula digunakan
untuk menghasilkan dan mengeluarkan bunyi sebagai panduan untuk pemandu
bergerak kebelakang, perlahan atau berhenti. Parking Sensor Assistant berkendali
dengan input bekalan kuasa sebanyak 5V yang dibekalkan ke dalam litar dan
seterusnya ke Arduino UNO yang diprogramkan untuk mengesan objek/halangan
dari jauh atau dekat melalui sensor Ultrasonik dan akan mengakibatkan buzzer
piezo berbunyi dan secara tidak langsung LED yang digunakan akan menyala.
Hasil dapatan projek, sensor Ultrasonic berupaya memberikan maklumat jarak
yang tepat dan sesuai mengikut jarak sebenar. Projek ini amat berdaya saing
dalam tumpuan pengguna bagi sektor pengangkutan awam.
KA90
0PAIR FOR ALGEBRA
2
1
BENNY KONG TZE LOONG , LAJIWIN @ JOVINIA KUDUN , NG LEE FONG 3
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Peti Surat 2, 89207 Tuaran, Sabah.
1 bennyktl@gmail.com
0Pair adalah kaedah dan produk inovatif yang menggunakan bahan konkrit untuk
membuat visualisasi bagi murid dalam pembelajaran nombor bulat. Kaedah ini
dirancang untuk memfokuskan pada penambahan dan pengurangan nombor bulat.
“0” adalah singkatan dari “sifar” dan “pasangan” merujuk pada persamaan antara
integer positif dan integer negatif. Objektif inovasi ini adalah untuk meningkatkan
penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan memperoleh pembelajaran
yang bermakna dengan pemahaman yang lebih baik melalui bahan pembelajaran.
Apabila digabungkan menjadi 0pair, ini merujuk pada “pasangan sifar iaitu positif
satudan negative satu yang akan membentuk sifar). Belajar Matematik sukar bagi
banyak murid, mereka tidak dapat menggambarkan konsep yang abstrak. Salah
satunya ialah lgebra termasuk penambahan dan penolakan integer.Murid tidak
dapat menggambarkan proses kedua operasi tersebut. Mereka biasanya
menghafal "negatif dan negatif menjadi positif" yang sangat
membingungkan antara kes. Dengan menggunakan alat bantu belajar yang mudah
seperti 0pair di mana 0 (sepasang integer positif dan negatif) akan dimasukkan
atau dikeluarkan sehingga kedua proses tersebut akan menjadi konkrit kepada
murid. Guru pra-perkhidmatan dan School Improvement Specialist
Coaches (SISC+) bersetuju bahawa 0pair dapat membantu mengubah proses
abstrak (negatif dan negatif sama dengan positif), dan mengurangkan peluang
membuat kesalahan oleh murid. Oleh itu, kaedah ini memberi kepuasan kepada
para peserta dengan kos bahan pengajaran yang rendah.
Kata kunci: Pendidikan Matematik, Penambahan / Pengurangan Integer, Bahan
Bantu Belajar Konkrit & 0 pasangan.
153