Page 154 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 154

KA85

                                 TEROKA 5 PAHLAWAN

                                                 1
           GURUMINTARJIT KAUR A/P JANGIR SINGH ,  NURIN ALYA ATIQAH BINTI
                        2
                                                                3
             ABD RAZAK , FARHAH NURHANIS BINTI MOHAMAD HALIM  , NAJWA
                                                                  5
                               4
            FIKRIAH BINTI ROSLI , FATIN ATHIRAH BINTI SHAHRINSHAH , NURUL
                                           6
              ATIRAH ARBIAH BINTI ZOLKAFLE , RAJA NUR ATHIRAH BINTI RAJ
                                       AZAHAR 7
                      Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,
                    Kompleks Pendidikan Nilai, 71760 Nilai, Negeri Sembilan.
                                      2
                 1 gurmin.kaur@gmail.com,  nurin08-536@epembelajaran.edu.my,
            3
                                            4
              farhah08-451@epembelajaran.edu.my,  najwa08-455@embelajaran.edu.my,
            5                              6
             fatin08-539@epembelajaran.edu.my,  atirah08-531@epembelajaran.edu.my,
                            7 raja08-531@epembelajaran.edu.my

          Pendekatan  gamifikasi  dalam  konteks  pendidikan  telah  menggunakan  elemen
          permainan yang dapat merangsang dan memberikan motivasi kepada murid-murid.
          Proses  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  yang  menggunakan  kaedah
          permainan  dapat  menjadikan  proses  pembelajaran  lebih  menarik  dan  interaktif.
          Sudah  menjadi  lumrah  bahawa  kanak-kanak  suka  bermain,  jadi  aktiviti  ini  dapat
          membawa  keseronokan  kepada  mereka,  di  samping  mereka  memperoleh
          pengetahuan baharu yang sangat berguna dan bernilai. Elemen didik hibur dalam
          mata  pelajaran  Sejarah  telah  diberi  keutamaan  untuk  menarik  minat  murid.  Idea
          inovasi  ini  diketengahkan  sebagai  satu  usaha  untuk  menambah  baik  proses
          pengajaran  dan  mencuba  strategi  baru  untuk  menyampaikan  ilmu  pengetahuan
          kepada  murid-murid  yang  menganggap  Sejarah  sebagai  satu  subjek  yang
          membebankan mereka dan sukar menumpukan perhatian semasa pengajaran guru.
          Inovasi  dalam  bentuk  permainan  yang  dinamakan  Teroka  5  Pahlawan  ini  dapat
          membantu murid memahami isi kandungan dan meningkatkan minat mereka dalam
          subjek Sejarah. Murid tidak dipaksa untuk menghafal tetapi dididik supaya tahu dan
          faham tentang perkembangan sejarah negara serta berupaya untuk menghayatinya.
          Selain  itu,  keupayaan  murid  untuk  membuat  imaginasi  juga  meningkat  apabila
          gambar  dan  animasi  diintegrasikan  dalam  permainan.  Dapatan  kajian  daripada
          pemerhatian dan temu bual yang dilaksanakan menunjukkan murid-murid berasa
          seronok untuk belajar Sejarah apabila guru menggunakan permainan ini sebagai
          salah satu aktiviti PdP dalam bilik darjah. Produk inovasi ini boleh diperbanyakkan
          dan digunakan sebagai satu strategi untuk mengulang kaji topik yang sudah diajar
          oleh  guru  memandangkan  kos  untuk  menghasilkan  produk  ini  sangat  rendah.
          Inovasi  ini  juga  mempunyai  potensi  untuk  dikomersialkan  supaya  boleh  disebar
          luas kepada guru dan murid-murid sekolah rendah di Malaysia.
          Kata kunci: gamifikasi, motivasi, interaktif, keseronokan, imaginasi.

          KA86

          ARDA : AUGMENTED REALITY (AR) FOR LEARNING DENTITION OF ANIMAL

                                        1
              RABBIATUL NAJUA ROSMAN , NURFARRA AIZA AHMAD FARISH      2
                          Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai
          Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Sultan Ibrahim Chancellery Building, Jalan
                                Iman, 81310 Skudai, Johor
                                                                         150
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159