Page 158 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 158

KA91

                               TONG SAMPAH AUTOMATIK

                         RAJA HANI SURAYA BINTI RAJA ANUAR
                          Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang,
                          Jalan Gangsa, 81700 Pasir Gudang, Johor
                                hanisuraya979@gmail.com

          Keadaan tong sampah penuh yang tidak terkawal dan kurangnya perhatian semua
          orang  untuk  membuang  sampah  di  tempatnya  dan  bahkan  memproses  atau
          mengitar  semula  ia  adalah  salah  satu  penyebabnya.  Pelajar  adalah  generasi
          seterusnya yang mempunyai peranan penting untuk selalu melindungi alam sekitar
          agar  tidak  tercemar oleh  sampah,  jadi sangat  wajar  digunakan untuk  melindungi
          alam sekitar dengan membuang sampah di tempatnya. Ini mendorong pelaksana
          untuk  membuat  tong  sampah  automatik  yang  boleh  bertindak sebagai membuka
          dan  menutup  penutup  tong  sampah  secara  automatik.  Tong  sampah  ini  dibina
          menggunakan  sensor  Ultrasonic  yang  berfungsi  secara  automatik dengan  output
          automatik membuka dan menutup tong sampah yang diproses di Arduino.

          KA92

                                    EXPERT MORAL

                                                         2
                                      1
                             JUIL JUAN ;  HU LAEY NEE, PhD
                          Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                             Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
                        1                  2
                         juil_juan@yahoo.com,  huln1234@gmail.com

          Proses  mendidik  pelajar  dewasa  ini  semakin  bertambah  kompleks  mengikut
          perubahan dalam arus kemodenan. Kaedah pengajaran sedia ada haruslah diubah
          dan  disesuaikan  mengikut  perkembangan  teknologi.  Ditambah  lagi  dengan
          berlakunya  penularan  wab  pandemik  Covid-19  yang  telah  memberikan  kesan
          kepada masyarakat seluruh pelosok dunia dalam pelbagai aspek termasuk aspek
          pendidikan.  Kaedah  penyampaian  pembelajaran  dan  pengajaran  (PdP)  yang
          memerlukan  guru  lebih  berinovatif  dan  kreatif  dalam  melaksanakan  (PdP  yang
          berkesan.  Isu  minat  belajar  terhadap  Pendiddikan  Moral  dan  amalan  guru  yang
          bercorak tradisonal dalam PdP Pendidikan Moral merupakan senario yang masih
          ada sehingga hari ini. Kaedah dalam penyampaiaan pengajaran Pendidikan Moral
          dilihat  perlu  diintegrasikan  agar  sesuai  dengan  keperluan  semasa  melalui
          penghasilan inovasi. Inovasi Expert Moral ini berfokuskan kepada 18 nilai universal
          yang mengandungi nota definisi dan huraian bagi setiap nilai. Bagi menguji tahap
          penguasaan  pelajar,  setiap  nilai  disertakan  dengan  soalan  kuiz  objektif.  Expert
          Moral juga menyediakan format menjawab soalan nilai, soalan Kemahiran Berfikir
          Aras  Tinggi  (KBAT)  serta  soalan  esei.  Koleksi  soalan  struktur  dan  esei  turut
          disediakan  bagi  tujuan  latih  tubi.  Akhir  sekali,  pengguna  boleh  bermain  sambil
          belajar dalam permainan atas talian dalam laman web Expert Moral. Semua bahan
          yang terdapat dalam laman Expert Moral boleh dimuat turun untuk memudahkan
          guru  dan  pelajar.  Hasil  pelaksanaan  Expert  Moral  ke  atas  29  orang  pelajar
          tingkatan 4 di sebuah sekolah menunjukkan inovasi dapat membantu pelajar dalam
          menguasai  18  nilai  universal  degan  berkesan.  Pada  masa  yang  sama,  Expert
                                                                         154
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163