Page 167 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 167

pembelajaran  bagi  standard  kandungan  yang  berkaitan  dengan  menulis  secara
          mekanis dengan betul dan kemas. Alpha Glass dapat mengatasi masalah-masalah
          tersebut kerana objektif Alpha Glass ialah membantu murid menguasai kemahiran
          menulis huruf besar dan kecil secara mekanis dengan betul dan kemas. Selain itu,
          Alpha  Glass  juga  dapat  meningkatkan  minat  dan  motivasi  murid  dengan
          mengimplementasikan pembelajaran seronok melalui teknologi. Aspek kebaharuan
          Alpha  Glass  ialah  ia  dihasilkan  dengan  menyatukan  penggunaan  bahan  konkrit
          dengan  aplikasi  TMK  yang  dapat  menarik  minat  dan  meningkatkan  kefahaman
          pelajar.  Antara  faedah  inovasi  ini  ialah  ia  dapat  meningkatkan  kefahaman  murid
          dengan  pembelajaran  seronok,  meringankan  beban  guru  dan  mewujudkan
          pembelajaran  berasaskan  teknologi.  Bahan  ini  mempunyai  potensi  komersial
          disebabkan  oleh  kos  pembinaan  rendah  dan  boleh  dipasarkan  dengan  harga
          berpatutan. Kesimpulannya, Alpha glass membantu para pengguna untuk menulis
          tulisan secara betul dan kemas.
          Kata  kunci:  Alpha  Glass,  menulis  secara  mekanis,  huruf  besar,  huruf  kecil,
                     pembelajaran seronok melalui teknologi.

          KA106

                 AUGMENTED REALITY TEACHING MODULE (ART MODULE)

                             WAN LOKMAN BIN WAN AHMAD
                      Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                 Kampung Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
                                wanlokman@ipgkdri.edu.my

          Pembelajaran  berkaitan  seni  warisan  semakin  dilupakan  oleh  generasi  muda.
          Kajian  ini  memfokuskan  kepada  pembangunan  modul  pengajaran  dan
          pembelajaran Kraf Seramik dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV).
          Bahan  bantu  mengajar  ini  dibangunkan  dengan  elemen  teknologi  augmented
          reality untuk menarik minat generasi. Modul ini dibangunkan dengan menggunakan
          rekaan instruksional ADDIE (Analysis,  Design, Development, Implementation dan
          Evaluation).  Modul  ini  dinamakan  sebagai  Augmented  Reality  Teaching  Module
          atau  ringkasnya  ART  Module.  Bahan  ini  direka  dengan  mengutamakan
          pengamatan  deria  murid  dan  melibatkan  pendekatan  gaya  pembelajaran  VARK.
          Melalui pemerhatian penyelidik, modul yang dibangunkan dengan mengaplikasikan
          pendekatan  berasaskan  pengamatan  deria  berupaya  menarik  minat  murid  dan
          meningkatkan penglibatan murid dalam sesi pembelajaran. Melalui kajian kes yang
          dijalankan terhadap murid, didapati bahawa modul ini dapat meningkatkan kognitif,
          afektif  dan  psikomotor  murid  secara  optimum.  ART  Module  ini  bertindak
          menggalakkan  kepekaan  murid  terhadap  seni  warisan  tempatan  yang  semakin
          hilang  dalam  arus  pemodenan.  Dalam  masa  yang  sama,  modul  ini  berupaya
          meningkatkan keseronokan dan keterujaan murid dalam sesi pembelajaran dengan
          lebih bermakna.
          Kata kunci: kraf seramik, augmented reality, modul






                                                                         163
   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172