Page 168 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 168

KA107

                                MAGIC MATHS WINDOW

                                    GOH HOOI FONG
                         Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
                           Bandar Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah
                                 gohfong9898@gmail.com

          Penggunaan kaedah lama iaitu bentuk lazim dalam membuat pendaraban antara
          dua  digit  menyebabkan  murid  mudah  menimbul  kekeliruan  sebab  murid
          dikehendaki melakukan pengumpulan semula sebanyak dua kali. Murid sering lupa
          untuk  meletakkan  nombor  sifar  pada  baris  keempat.  Hal  ini  menyebabkan  hasil
          darab tidak dapat diletak pada nilai tempat yang betul. Selain itu, Murid tidak dapat
          membuat  pendaraban  secara  mengumpul  semula  dengan  betul  dalam  kaedah
          bentuk  lazim.  Inovasi  “Magic  Maths  Window”  direka  bertujuan  untuk
          meningkatkankemahiran  penyelesaian  pendaraban  antara  dua  digit  dalam
          kalangan  murid  yang  masih  belum  menguasai  kemahiran  penyelesaian  soalan
          pendaraban  antara  dua  digit.  “Magic  Maths  Window”  merupakan  intervensi  yang
          sesuai supaya murid dapat menguasai kemahiran operasi pendaraban antara dua
          digit  dengan  dua  digit.  “Magic  Maths  Window”  juga  merupakan  multimedia  yang
          mengandungi banyak unsur seperti grafik, bunyi, teks dan imej yang dapatmenarik
          minat murid. Antara tema “Magic Maths Window” adalah komik Doraemon. Inovasi
          ini  menggunakan  kaedah  peta  melalui  perisian  komputer  iaitu    Microsoft
          Powerpoint.  Melalui  inovasi  ini,  murid  dapat  belajar  pendaraban  antara  dua  digit
          tanpa  bantuan  guru  atau  ibu  bapa.  Potensi  pengkomersialan  inovasi  ini  sangat
          tinggi  kerana  inovasi  ini  mudah  didapat.  Pada  masa  pandemik  Covid-19  ini,
          kebanyakan orang tidak berani mengeluarkan rumah dan membeli barang di luar,
          mereka  hanya  membeli  barang  secara  online  untuk  keselamatan  dan  kesihatan
          diri. “Magic Maths Window” adalah inovasi yang boleh didapat atau dibeli secara
          online.  Kosinovasi  ini  adalah  RM0.  Hal  ini  kerana  Inovasi  ini  hanya  dihasilkan
          dalam Microsoft Powerpoint.
          Kata kunci: pendaraban, multimedia, bentuk lazim

          KA108

                                  BEHIND THE MIRROR

                                    GOH HOOI FONG
                         Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
                           Bandar Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah
                                 gohfong9898@gmail.com

          “Behind  The  Mirror”  ini  merupakan  sejenis  permainan  inovasi  iaitu  “puzzle”  atau
          dalam  bahasa  melayu  iaitu  teka-teki  dan  lebih  berfokus  kepada  kemahiran
          Matematik  dan  Sains.  Pembelajaran  bentuk  3D  sangat  penting  kerana  tajuk  ini
          merupakan salah satu tajuk daripada mata pelajaran  Matematik dan juga Sains.
          Tujuan  inovasi  ini  adalah  membantu  murid  mengenal  bentuk  3D  dengan
          menggunakan  kaedah  “fun  learning”.  Puzzle  dalam  permainan  ini  membenarkan
          murid  menyemak  jawapan  sendiri  tanpa  melibatkan  guru.  Matlamat  yang
          seterusnya adalah untuk mewujudkan pembelajaran seronok dan memupuk minat
                                                                         164
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173