Page 171 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 171

ini  sangat  murah  dan  dapat  digunakan  berulang-ulang  kali.  Berdasarkan  kepada
          penggunaan  inovasi  ini,  jelas  menunjukkan  peningkatan  pencapaian  murid  yang
          sangat ketara melalui beberapa peperiksaan yang telah diadakan sepanjang tahun.
          Jelaslah bahawa dengan penggunaan inovasi ini ia telah mencapai objektif yang
          telah digariskan, sangat berkesan dantelah dikomersialkan.
          Kata kunci: bahasa melayu, SPM, rumusan, inovasi

          KB03

                                     REM-Q SAINS

                               FARAHIYAH BINTI CHE KOB
                                   SMK Kinarut Papar
                             Peti Surat 637, 89608 Papar, Sabah.
                               g-72253732@moe-dl.edu.my

          Kajian  ini  dijalankan  untuk  meningkatkan  tahap  penguasaan  pelajar  dalam
          menghafal  fakta  subjek  Sains  sambil  bermain.  Kajian  ini  difokuskan  kepada
          eksperimen  ‘Ujian  Makanan’  dalam  Bab  3:  Nutrisi,  berdasarkan  buku  teks  Sains
          tingkatan  2.  ‘Ujian  Makanan’  juga  merupakan  salah  satu  eksperimen  wajib  yang
          perlu  dilaksanakan  oleh  pelajar.  Seramai  26  orang  pelajar  kelas  2  Beta  di  SMK
          Kinarut,  Papar,  Sabah  telah  dipilih.  Mereka  terdiri  daripada  19  orang  pelajar
          perempuan  dan  7  orang  pelajar  lelaki.  Tinjauan  awal  melalui  pra  ujian  yang
          dijalankan,  mendapati  0%  pelajar  mendapat  skor  11-17.  Berdasarkan  jawapan
          pelajar,  saya  dapati  mereka  sukar  untuk  menulis  larutan  yang  digunakan  dalam
          menjalankan ‘Ujian Makanan’. Selain itu, mereka juga tidak boleh menjawab soalan
          pemerhatian dan inferens bagi ‘Ujian Makanan’. Justeru itu,  saya telah mencipta
          satu  permainan  yang  diadaptasi  daripada  permainan  yang  pernah  popular  di
          zaman kecil pelajar iaitu origami buka tutup. Permainan ini telah saya inovasikan
          dan menamakannya sebagai Teknik ‘REM-Q’ (REMember by Question). Selepas
          pelajar menggunakan teknik ini, saya dapati keputusan pelajar mendapat skor 11-
          17 semakin meningkat, iaitu daripada 0% dalam praujian menjadi 73.08% dalam
          pascaujian.  Ini  menunjukkan,  pelajar  mudah  untuk  mengingat  dan  sangat
          bermotivasi  untuk  menjawab  setiap  soalan  yang  diberikan.  Berdasarkan  maklum
          balas  pelajar,  mereka  juga  menyatakan  teknik  ini  lebih  seronok,  sangat  menarik
          perhatian dan memudahkan mereka menguasai fakta-fakta di dalam matapelajaran
          Sains.  Secara  kesimpulannya,  kajian  ini  dilihat  boleh  diaplikasikan  dalam  tajuk-
          tajuk pembelajaran Sains yang lain selain ‘Ujian Makanan’. Teknik ‘REM-Q’ ini juga
          mampu menjadikan pembelajaran lebih seronok dan bermakna.
          Kata  kunci:  Teknik  REM-Q,  Ujian  Makanan,  inovasi,  permainan,  origami  buka
                     tutup.

          KB04

                            SISTEM MAKLUMAT TEMPAT OJT

                                      1
                                                                    2
                 NAJIHA BINTI HUSSEIN , YUSSALINA BINTI MOHD YUSOP
                               Kolej Vokasional Perdagangan
                   Susur 7 Jalan Tun Abdul Razak, 80350 Johor Bahru, Johor
                               1
                                najiha.dedagang@gmail.com

                                                                         167
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176